Nwakaeme mahu gaji RM400,000 sebulan
Foto Luqman Hakim Zubir KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengakui cuba mendapatkan khidmat Dickson Nwakaeme untuk memperkuatkan jentera skuad Penyu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Begitupun, permintaan gaji tinggi melebihi RM400,000 sebulan (AS$100,000) menyebabkan PBSNT membuat keputusan melupakan hasrat memancing pemain kelahiran Nigeria yang juga bekas penyerang Kelantan dan Pahang itu. Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman, berkata memang sebelum ini Nwakaeme antara calon dicadangkan kepada skuad Penyu sebagai pengganti Paulo Rangel, musim ini.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan ejen dan Nwakaeme, namun disebabkan permintaan gaji yang tinggi memaksa melupakan hasrat mendapatkannya. "Sebelum ini memang nama Nwakaeme berada dalam radar sebagai pemain import keempat Terengganu mengisi kekosongan Rangel yang menamatkan kontrak.
"Begitupun, selepas rundingan dibuat, mereka meminta gaji melebihi RM400,000 sebulan dan ia di luar kemampuan persatuan mendapatkan khidmatnya," katanya. Ditanya mengenai pencarian awang import keempat, Arpin berkata pihaknya kini masih tercari-cari pemain sesuai untuk mengisi kekosongan itu.
Katanya, pihaknya juga lebih berhati-hati dalam pengambilan pemain import dan sebab itu tidak mahu terburu-buru mengambilnya. "Kali ini, kita memandang serius dalam pemilihan awang import keempat. Malah, kita yakin akan membawa masuk pemain yang mampu membantu dan memberi sumbangan kepada pasukan dalam usaha mencipta kejayaan musim ini," katanya
sumber
Nwakaeme mahu gaji RM400,000 sebulan ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment