DBKK Siasat Wanita Menyanyi Dengan Menayang Payu Dara di Pusat Beli Belah
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini sedang menyiasat tindakan seorang lelaki menyerupai wanita yang berpakaian tidak senonoh apabila menyanyi dalam keadaan sebahagian payu daranya di sebuah kompleks beli-belah di sini baru-baru ini.
Video rakaman aksi itu tersebar dan menjadi viral di media sosial.
Menerusi rakaman terbabit, lelaki itu dipercayai menyanyi sambil diiringi oleh sebuah kumpulan buskers. Selain itu, turut dilihat beberapa pengunjung yang merakam perbuatan lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki terbabit tiba-tiba menyertai kumpulan buskers tersebut yang dijemput naik oleh pengurusan pusat beli belah untuk membuat persembahan.
Menurut Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, dia sudah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat kejadian terbabit yang tidak sepatutnya berlaku terutamanya di tempat-tempat tumpuan awam.
"Ini kerana saya dimaklumkan `orang awam' berkelakuan tidak senonoh itu tiba-tiba datang menyertai kumpulan buskers yang membuat persembahan.
"Presiden Buskers Sabah juga ada menghubungi saya dan memaklumkan `orang awam' itu bukan penyanyi mereka tetapi tiba-tiba datang menyanyi bersama. Dia juga memberi jaminan akan menasihatkan semua buskers agar perkara seperti ini tidak berulang.
"Sehubungan itu, saya mengarahkan pegawai bahagian pelesenan untuk melakukan siasatan menyeluruh bagaimana kejadian berkenaan boleh berlaku. Kita mungkin akan memanggil pelbagai pihak tertakluk kepada hasil siasatan," katanya sebagaimana lapor BH Online.
DBKK Siasat Wanita Menyanyi Dengan Menayang Payu Dara di Pusat Beli Belah ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment