Cuma ‘5 minit je’ abang Akim tulis lirik lagu potret adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Cuma ‘5 minit je’ abang Akim tulis lirik lagu potret membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Cuma ‘5 minit je’ abang Akim tulis lirik lagu potret

Cuma ‘5 minit je’ abang Akim tulis lirik lagu potret

CUMA ‘5 MINIT JE’ ABANG AKIM TULIS LIRIK LAGU POTRET
AJL 30: Abang Akim Dedah Tulis Lirik 'Potret' Dalam Masa 5 Minit
AJL 30: Abang Akim Dedah Tulis Lirik ‘Potret’ Dalam Masa 5 Minit
Penulis lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret iaitu Kamar Empayar mendedahkan hanya mengambil masa lima minit untuk menyiapkan lirik lagu berkenaan.
Kamar Empayar atau nama sebenarnya Afham Zulhusmi berkata, idea menulis lirik lagu berkenaan hadir secara tiba-tiba selepas menerima melodi daripada Akim yang juga adiknya menerusi e-mel.
“Saya tidak mengambil masa lama menulis lirik lagu berkenaan kerana idea datang secara tiba-tiba sejurus mendengar melodi yang dihantar oleh Akim kepada saya.
“Alhamdulillah hasil kerjasama saya dan Akim selaku komposer Potret membolehkan lagu berkenaan bergelar juara AJL 30 tahun ini,” katanya.
Potret diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) yang berlangsung di Stadium Malawati di sini pada malam Ahad.
Akim & The Majistret bersama trofi kemenangan mereka.
Akim & The Majistret bersama trofi kemenangan mereka.

Akim & The Majistret turut menerima trofi Persembahan Terbaik pada acara sama.
Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai secara keseluruhan berjumlah RM62,000 pada malam tersebut.
Dalam pada itu, Akim berkata, dia tidak menyangka Potret bergelar juara AJL 30 dan menganggap ia adalah hadiah terbaik bersempena dengan hari jadinya ke 25 yang disambut pada 18 Januari lalu.
“Alhamdulillah rezeki bersempena hari jadi saya baru-baru ini dan kemenangan ini adalah momen paling indah buat saya bersama rakan-rakan lain dalam Akim & The Majistret.
“Sukar saya gambarkan dengan kata-kata apabila diumumkan sebagai pemenang kerana memang tidak sangka akan membawa pulang trofi juara AJL,” jelasnya.
Tambah Akim, kemenangan itu juga turut menaikkan semangatnya untuk terus menghasilkan karya lebih baik pada masa hadapan.
Malah katanya, dia kini sedang sibuk menyiapkan beberapa buah lagu untuk tunangnya, penyanyi Stacy.

Sumber: Mstar

Cuma ‘5 minit je’ abang Akim tulis lirik lagu potret ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.