'Sekarang kami berkongsi suami'
Kuala Lumpur: Status penyanyi, Adira, 24, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi kini menjadi tanda tanya apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook (FB)nya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.
Wanita itu pada mulanya memuat naik gambar dia dan Adira serta membuat kenyataan ‘with sister’ sebelum menerima pertanyaan daripada rakan FBnya di ruangan komen.
Datin Red kemudian menjawab pertanyaan itu dengan mencatatkan ayat ‘Sekarang kami share (berkongsi) suami’ dan turut memaklumkan reda dengan apa yang berlaku.
Difahamkan suami Datin Red bergelar Datuk dan ahli perniagaan.
Sementara itu, Adira turut memuat naik gambar sama di akaun Instagram miliknya semalam.
Rata-rata peminat Adira mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya meskipun menjadi isteri kedua.
"Semoga tabah menjadi isteri nombor dua. Banyakkan bertolak ansur," komen seorang peminatnya.
Difahamkan gambar berkenaan diambil semalam ketika Adira mengadakan persembahan pada acara pertunjukan fesyen Diandra Couture.
Sementara itu, Adira gagal dihubungi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'Sekarang kami berkongsi suami'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment