Sayu. Lando Zawawi Kini Kerja Turap Jalan?
Sudah lama juga tidak melihat pelakon Lando Zawawi di kaca televisyen. Kemanakah agaknya dia menghilang?
Menurut perkongsian beberapa keping gambar dari seorang forumer forum Cari yang bernama piao, Lando kini dikatakan kerap membuat kerja-kerja menurap jalanraya. Yang menjadi tanda tanya adakah Lando kini melakukan kerja itu secara sepenuh masa atau itu hanyalah satu kerja amal?
Memetik dari Utusan Online, ekoran tiada tindakan drastik daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Ikatan Silaturrahim Brotherhood (Brotherhood) yang diketuai oleh Azlan Sani Zawawi (kanan) atau lebih dikenali dengan Lando Zawawi, telah mengeluarkan duit poket sendiri untuk melancarkan Ops Jangan Gebang, Tutup Lubang dengan menurap jalan yang berlubang di sekitar Kuala Lumpur.
Menurut Lando, selepas beberapa kali 'mengasak' PBT yang sepatutnya menurap jalan-jalan terbabit, namun tidak mendapat maklum balas yang berkesan, dia bersama rakan-rakan lain mengambil keputusan untuk menurap sendiri jalan-jalan berkenaan.
Pihaknya tidak akan berdiam diri dan sudah mengenal pasti beberapa jalan utama di Kuala Lumpur yang berlubang dan menjadi antara punca nahas penunggang motosikal, katanya lagi.
Rupanya aktiviti murni yang dilakukan oleh Lando dan rakan-rakannya telah dijalankan sejak 2008 tanpa menerima sebarang bentuk bantuan daripada sesiapa. MasyaAllah, semoga sikap prihatin dan usaha murni mereka sentiasa berterusan dan menjadi ikutan rakyat Malaysia.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Sayu. Lando Zawawi Kini Kerja Turap Jalan?. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment