'SAYA BERHABIS RM1,200 HANYA UNTUK PENGANGKUTAN AWAM' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'SAYA BERHABIS RM1,200 HANYA UNTUK PENGANGKUTAN AWAM' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'SAYA BERHABIS RM1,200 HANYA UNTUK PENGANGKUTAN AWAM'

'SAYA BERHABIS RM1,200 HANYA UNTUK PENGANGKUTAN AWAM'

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Universiti Malaya, Prabagaran Balakrishnan, 34, sering berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Demi menyara kehidupan, dia bekerja sebagai pensyarah di Politeknik Ungku Omar di Jalan Dairy, ibu negeri Perak, mengakui terkesan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam yang selalu dinaikinya.

"Gaji RM3,000 pun sudah tidak memadai. Saya berhabis RM1,200 hanya untuk pengangkutan awam. Kos ulang alik, RM50 sehari. Rasa ambil gaji untuk bayar pengangkutan awam sahaja," katanya.

"Semalam saya turun dari stesen KL Sentral ke Universiti, tike RM1.60-200. Naik 40 sen, terkejut saya," katanya yang baru tahu mengenai kenaikan harga tambang KTM Komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT)

Bagi Amar Farham Mohd Shukarno, 24, yang bekerja di sebuah syarikat swasta, menggunakan dua mod pengangkutan awam, LRT dan bas Rapid KL untuk ke tempat kerja.

"Jika dulu kos tambang pergi balik dari LRT dari Taman Bahagia ke Ampang ialah RM5.80. Sekarang selepas dinaikan menjadi RM12.00. Ini sangat membebankan bagi saya yang baru mula bekerja," katanya.

"Kenaikan kadar harga tambang pengangkutan awam sangat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana rakyat sudah terbeban dengan banyak perkara yang lain seperti GST, Tol, Petrol dan semua ini membebankan rakyat secara berterusan," kata Nicole yang juga baru bekerja di Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu juga mengakui masih belum mampu membeli sebuah kereta sendiri.

Kenaikan itu juga memberikan kesan kepada pelajar universiti awam, Su Lin, 22, yang mengakui kos pembelajarannya di universiti juga turut meningkat.

"Ya, sangat memberikan kesan lebih-lebih lagi saya tinggal di luar dari universiti dan sentiasa berulang-alik menggunakan LRT. Saya berharap kerajaan boleh memberikan diskaun kepada pelajar yang menggunakan LRT," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'SAYA BERHABIS RM1,200 HANYA UNTUK PENGANGKUTAN AWAM'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.