PUNCA WANITA BAWA ANJING MAKAN DI KFC YANG RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU TERSEBAR
TAWAU - Gambar seorang wanita membawa anjingnya baka Chihuahua ke sebuah restoran makanan segera di Tawau, Sabah, viral di laman sosial.
Insiden berkenaan berlaku di Kentucky Fried Chicken (KFC) Pasaraya Giant Tawau. Wanita terbabit membawa anjing peliharaannya masuk ke premis itu tanpa mempedulikan pelanggan yang lain.
Difahamkan, kakitangan KFC yang menyedari tindakan wanita itu terus menegur perbuatannya yang telah melanggar larangan yang tertera di pintu masuk premis dan meminta wanita itu membawa haiwan peliharaannya keluar.
KFC Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kebersihan premis cawangan mereka kekal terjamin.
"KFC Malaysia amat mengambil berat tentang kebersihan restoran kami dan memastikan bahawa perniagaan kami menepati garis panduan Halal yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA WANITA BAWA ANJING MAKAN DI KFC YANG RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU TERSEBAR. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment