Negeri Sembilan akan ikut kerajaan pusat haramkan Vape - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Negeri Sembilan akan ikut kerajaan pusat haramkan Vape harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Negeri Sembilan akan ikut kerajaan pusat haramkan Vape

Negeri Sembilan akan ikut kerajaan pusat haramkan Vape



SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengikut segala keputusan yang diputuskan kerajaan pusat menerusi Kementerian Kesihatan berhubung penguatkuasaan terhadap rokok elektronik atau vape.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Datuk Redza berkata, sekiranya kementerian sudah ada keputusan dari segi penguatkuasaan terhadap vape, kerajaan negeri akan memutuskan perkara yang sama.

“Kita ikut apa jua keputusan ditetapkan kementerian. Begitu juga jika ada keputusan yang diputuskan Majlis Fatwa Negeri. Kita akan ikut. Itu pendirian kerajaan negeri pada ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan belum lagi membincangkan secara rasmi berhubung isu vape.

“Bagaimanapun pihak kami berpandangan kemudaratannya adalah sama seperti rokok dan shisha yang tidak lari hukumnya iaitu haram.

Menurut beliau, menghisap vape haram jika ciri-cirinya didapati sama dengan rokok biasa.

“Bagaimanapun, sehingga setakat ini, belum ada kajian yang sahih tentang kesan vape dan untuk itu juga, kita perlu menunggu laporan rasmi daripada kementerian berkaitan yang membuat kajian mengenai kesan vape,” katanya

Sungguhpun begitu, katanya, masyarakat terutamanya yang beragama Islam perlu berfikir secara bijaksana, benarkah penggunaan vape ini kesannya adalah lebih baik daripada rokok.

“Umum mengetahui, Islam menuntut umatnya agar sentiasa menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan.

“Faktor lain yang diambil kira adalah pembaziran. Jadi, kita seharusnya perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan tidak boleh memudaratkan diri supaya boleh sempurna dalam mengerjakan ibadah,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Negeri Sembilan akan ikut kerajaan pusat haramkan Vape. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.