Muhyiddin kagum dengan teguran berapi KJ terhadap Najib semalam - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Muhyiddin kagum dengan teguran berapi KJ terhadap Najib semalam harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Muhyiddin kagum dengan teguran berapi KJ terhadap Najib semalam

Muhyiddin kagum dengan teguran berapi KJ terhadap Najib semalam



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kagum dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas kelantangannya ketika Ucapan Dasar di perasmian Perhimpunan Agung Pemuda Umno, semalam.

Menurut Muhyiddin, meskipun berlapik namun Khairy tetap menunjukkan keprihatinan terhadap bebanan rakyat.

"Saya rasa agak kagum, saya dengar sedikit ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, saya tak dengar yang lain.

"Ada 'feedback' yang beliau agak lebih lantang bersuara...beralas, berlapik tapi setidak-tidaknya ada menunjukkan 'concern' yang agak begitu serius oleh pimpinan pemuda terhadap isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat," katanya kepada Sinar Online dalam wawancara eksklusif, semalam.

Semalam, Khairy menggesa kerajaan untuk menghentikan segala kenaikan harga dan tambang yang jelas telah membebankan rakyat serta mengingatkan BN tentang Aku Janji sebelum PRU 13 yang lalu.‎

Mengulas tentang perjuangannya yang dilihat seolah-olah berseorangan, Muhyiddin menegaskan tidak kisah dengan suasana itu.

"Saya tak tahu kalau saya berseorangan, berseorangan, kita ada 3 juta ahli dan saya fikir ramai juga mungkin yang menyokong perjuangan kita. Tapi tak apa jika saya berseorangan sahaja. Saya bersedia.

"Saya sudah menanggung kesan daripada tindakan saya dan mungkin ada tindakan lagi nak dipancung, dicincang saya...tak apa. Yang mustahak, rakyat tahu apakah tindakan saya itu betul ataupun atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Katanya, ahli-ahli Umno hari ini tidak vokal sepertinya mungkin kerana bimbang dipancung sepertinya.

"Saya percaya ahli Umno ada perasaan, mereka tahu, mereka cerdik tapi mungkin kerana suasana politik yang dihadapi hari ini, mereka tidak rasa lebih bersedia dan terbuka untuk menyatakan hasrat mereka atau wujudnya satu politik ketakutan. 'Kalau saya bersuara, nanti saya akan dipancung...tengok Tan Sri Muhyiddin, dia sudah kena pancung. Jadi, untuk selamat dan tidak diganggu, maka berdiam'.

"Ini satu masalah besar bagi kita. Parti ada hak tetapi ahli parti tidak boleh menggunakan hak. Jadi, sebab itu kita tenggelam daripada berhadapan dengan realiti, rakyat lihat 'eh apa dah jadi dengan Umno?

Ahli bertanya, arah tuju mana kita pada hari ini? Banyak juga yang rasa bimbang jika sokongan kita sudah merosot dan kita kalah dalam pilihan raya," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Muhyiddin kagum dengan teguran berapi KJ terhadap Najib semalam. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.