Masjid Panchor Jaya anjur pasar percuma
SEREMBAN - Masjid Kariah Panchor Jaya (MKPJ) di sini akan menganjurkan 'Pasar Percuma' pada 2 Januari 2016 bagi memberi peluang kepada umat Islam yang ingin bersedekah, kata Bendahari MKPJ Azmi Mohd Yusof.
Katanya, umat Islam dialu-alukan menyertai program sehari itu sekiranya ingin menginfak atau menyedekahkan pakaian dan barangan kepada pihak MKPJ sebelum 1 Januari 2016.
"MKPJ berperanan menjadi perantara kepada mereka yang memerlukan barangan itu sebelum diagihkan kepada golongan itu tanpa sebarang bayaran," katanya kepada Bernama, hari ini.
Katanya, program itu bukan sahaja memfokuskan kepada usaha membantu golongan memerlukan namun pihaknya turut menyelitkan program dakwah.
"Dalam berdakwah tidak boleh terlalu tegas atau memaksa, ia mesti dilakukan dalam keadaan santai serta boleh diterima ramai. Dalam masa kita memberi pakaian dan barangan secara percuma kita selitkan sekali dengan dakwah," katanya.
Azmi berkata program itu memberi peluang kepada golongan memerlukan untuk memilih barangan serta pakaian secara percuma.
Katanya, orang ramai boleh medapatkan maklumat lanjut mengenai program itu dengannya di talian 013-3373374.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Masjid Panchor Jaya anjur pasar percuma. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment