Edisi Wayang Kuat: "Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy" - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Edisi Wayang Kuat: "Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy" harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Edisi Wayang Kuat:

Edisi Wayang Kuat: "Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy"




KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa kerajaan agar menghentikan segala kenaikan kos yang berlaku ketika ini.

Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.

"Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini."

"Enough is enough," kata Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Tambahnya, Pemuda UMNO juga membantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk dua lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun.

"Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang, lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga."

"Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki?" soal Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Rembau itu juga turut mengingatkan kerajaan tentang janji manifesto Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kalau terpaksa naikkan tol, jangan sampai tol antara bandar seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dinaikkan. Itu janji kita," tegas Khairy Jamaluddin.

Isu kenaikan kos sara hidup dijangka mendominasi perbahasan dalam Persidangan Pemuda UMNO hari ini.

Sementara itu ketika menyentuh isu 1MDB, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan supaya memastikan tidak hanya berusaha mengurangkan hutang sebaliknya meyakinkan rakyat tiada penyelewengan berlaku.

"Defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu ditangani," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Edisi Wayang Kuat: "Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy". Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.