SAYU. PENGUATKUASA SERBU KEDAI VAPE, PENIAGA RUGI RM100,000
Gambar hiasan
PETALING JAYA - Seorang peniaga vape di Shah Alam mengalami kerugian RM100,000 setelah barangan perniagaannya dirampas dalam serbuan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa Kementerian Kesihatan.
Menurut peniaga terbabit, penguatkuasa terbabit datang dengan surat rampasan telah merampas 3,000 botol flavour vape yang mengandungi nikotin yang kesemuanya bernilai RM100,000, lapor The Star.
"Mereka datang sekitar jam 4 petang dan tunjuk pada kami surat mendakwa rampasan dilakukan kerana produk kami mengandungi nikotin.
"Tetapi mereka tidak ada surat kebenaran yang menyatakan untuk merampas produk," katanya.
Peniaga terbabit cuba bertanya bagaimana dia boleh mendapatkan kembali barangan yang dirampas. Namun jawapan yang diberikan oleh pegawai penguatkuasa KKM itu sangat mengecewakan.
"Mereka hanya beritahu saya supaya bercakap dengan bos mereka jika mahu kembali barang-barang itu. Kami benar-benar tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana masih terkejut dengan apa yang baru berlaku ini," katanya.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal SAYU. PENGUATKUASA SERBU KEDAI VAPE, PENIAGA RUGI RM100,000. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment