Lawak! Cara Paling ‘Kejam Dan Kretif’ Minta Hutang Daripada Kawan adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Lawak! Cara Paling ‘Kejam Dan Kretif’ Minta Hutang Daripada Kawan membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Lawak! Cara Paling ‘Kejam Dan Kretif’ Minta Hutang Daripada Kawan

Lawak! Cara Paling ‘Kejam Dan Kretif’ Minta Hutang Daripada Kawan


SUKA atau tidak, kita pasti pernah berada dalam situasi rasa bersalah untuk meminjam atau memberikan duit kepada kawan-kawan kita.

Bukan apa, ada tu jenis yang apabila sudah diberi pinjam, mulalah susah nak bayar kan?

Bukan senang untuk meminta balik wang yang dipinjamkan tersebut, iyalah… janji sebelum pinjam memang manis, lepas itu terus senyap.

Tapi takpe, di sini kami kongsikan beberapa cara yang boleh digunakan melalui laman sosial, untuk meminta kawan-kawan anda membayar hutang.

Mungkin diorang akan bayar balik selepas anda gunakan cara ini!

1. Minta secara terus-terang melalui status di halaman Facebook.

Mungkin sebelum ini anda pernah berterus-terang secara lisan meminta hutang, tetapi dibuat tidak tahu sahaja.

Kali ini apa kata anda gunakan akaun sosial untuk berbuat demikan. Agak ‘kejam’ jugalah cara ini tetapi come on, cara ini antara yang paling efisyen buat masa sekarang.

Asal tidak puas hati je, tulis sesuatu di Facebook, jadi mengapa pula kamu tidak boleh? Lagipun dia yang liat nak bayar hutang.


2. Secara berkias atau berseloroh

Kepada yang tak seberapa ‘kental’ hendak menggunakan cara di atas, anda boleh gunakan cara berkias ketika meminta kawan anda membayar hutang. Contohnya anda boleh berpantun.



Atau mengingatkan kawan yang berhutang supaya ‘sedar’ akan duit hutangnya..



3. Melalui gambar selfie anda.

Mungkin anda masih tidak sampai hati meminta kawan membayar hutang secara berterus-terang mahupun berkias.

Jadi anda boleh gunakan cara yang kreatif iaitu dengan mengambil gambar selfie anda dengan eskpresi muka menyedihkan dan buatlah caption menyayat hati seperti berikut:



4.  Iklankan di suratkhabar atau di laman web

Bagi kami, ini cara paling kejam dan hanya boleh kamu lakukan jika kesemua cara di atas gagal.

Jika rakan anda tetap enggan membayar hutang, anda iklankan saja mukanya dan masalah liat bayar hutangnya itu di akhbar utama seperti Harian Metro, Berita Harian dan Sinar Harian.



Namun jika anda kekurangan bajet, boleh juga iklankan di laman-laman popular seperti di laman Facebook kami atau minta Pen Merah viralkan masalah hutang anda. Hihi



Apa-apa pun, cara-cara ini merupakan ‘jalan terakhir’ buat anda yang ketandusan idea untuk meminta hutang. Heh.

Kepada yang masih berhutang tu, beringatlah ye… kita tidak harus melambat-lambatkan membayar hutang kerana perbuatan itu boleh menyebabkan kesusahan kepada sahabat kita.

Manakala dalam Islam, membayar hutang itu hukumnya WAJIB.
sumber

Lawak! Cara Paling ‘Kejam Dan Kretif’ Minta Hutang Daripada Kawan ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.