KALAU ISTERI MINTA APA-APA, BELIKAN SAJA. JANGAN KEDEKUT!
Kalau seorang isteri, seorang ibu itu gembira, maka gembirlah sesebuah keluarga itu.
Ada kisah seorang mat salleh yang tengah mencari rumah di Malaysia. Agen beliau tolong carikan beberapa rumah pilihan yang sesuatu untuk mereka 7 beranak tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Suaminya ada pilihan rumah sendiri, isterinya juga begitu. Tetapi akhirnya si suami membuat keputusan dan ayatnya seperti di bawah seperti yang dinyatakan pada agennya:
“Saya pilih apa yang isteri saya suka. Bagi saya, bila isteri saya gembira, ibu kepada anak-anak saya ini gembira dan keluarga saya pasti akan gembira juga,” katanya
Betapa manisnya ayat-ayat itu.
Teringat kisah awal-awal perkahwinan dulu. Ayah pernah berpesan pada suami.
“Kamu kalau isteri minta apa-apa saja, bagi. Mana yang dia berkenan itu, belikan saja. Jangan kedekut. Kita ini orang lelaki, orang yang paling kita tak boleh kedekut adalah pada isteri kita sendiri. Kita cari duit pun untuk siapa?”
Tetapi kita sebagai isteri pun kena sedar dan faham. Isteri yang paling baik adalah isteri yang tidak meminta-minta dari suaminya.
Suami pun, kalau ada lebih apa salahnya hadiahkanlah sesuatu kepada isteri. Saya percaya suami yang pemurah dan penuh dengan kasih sayang teramatlah murah rezekinya. Rezekinya tidak perlu terlampau susah dicari. Malah rezeki dari Allah itu sendiri akan menjemputnya.
Selamat menjemput rezeki wahai para suami di luar sana. – Ummu Habibah
Ditulis semula untuk siaran.
KALAU ISTERI MINTA APA-APA, BELIKAN SAJA. JANGAN KEDEKUT! ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment