Ini Pandangan Seorang Bukan Islam Terhadap Muslim Yang Menghisap Vape
Vape kini menjadi satu isu besar yang hangat diperkatakan bukan sahaja di mulut-mulut warga marhein sahaja, namun kini sudah memasuki parlimen untuk dibahaskan.
Antara isu yang berbangkit mengenai vape adalah adakah ianya halal atau haram di sisi Islam? Bagi kita; orang melayu khusunya; isu halal dan haram ini sangat sensitif.
Namun apakah pandangan seorang individu bukan Islam terhadap seorang muslim yang menghisap vape?
Seorang pengguna Twitter memuat naik satu keratan status FB yang memaparkan pandangan & nasihat rakannya; seorang wanita beragama Hindu; tentang muslim yang menghisap vape.
Apa yang ditekankan oleh wanita berkenaan adalah tentang isu halal dan haram serta bagaimana dia sebagai seorang bukan Islam sedaya upaya cuba menghormati seorang muslim dalam isu halal dan haram.
Status penuh yang sudah dialih bahasa
Sebagai seorang yang beragama Hindu, saya cuba sedaya upaya untuk pastikan makanan yang dihidangkan di rumah untuk rakan-rakan muslim saya adalah halal (ya, termasuk memastikan perkakasan dapur untuk menyediakan makanan tidak tercemar). Dalam agama saya, ianya satu dosa untuk memberi makanan tidak halal kepada orang muslim sama seperti memberi makan daging kepada seorang vegetarian.
Jadi bagi saya, apabila fatwa mengatakan "rokok" & "vape" adalah haram... saya lihat mereka pada kategori yang sama bagi dadah, alkohol, daging khinzir, makanan kotor, daging yang tidak disembelih dan haiwan dua alam.
Apabila seorang muslim menghisap rokok atau meminum arak atau makan daging khinzir, saya masih lagi boleh menghormatinya sebagai seorang individu tapi tidak sebagai seorang muslim.
Beberapa tahun lepas, saya cuba untuk tapau sebungkus mee goreng 'halal' untuk seorang rakan muslim di sg long. Saya tanya peniaga adakah ia bebas dari daging khinzir, alkohol dan adakah ayam itu dari pembekal muslim yang halal. Peniaga Cina tua itu menjawab "haiya, itu lokok dalam dia minum. Babi halam sama mah. Apa lu susah melayu tada kisah punya".
Sekarang dengan vape... ingat sebagai seorang muslim, kamu sedang menerapkan satu contoh.
Bukan muslim yang membaca artikel tentang vape itu haram disisi Islam tidak akan menghormati kamu bila kamu menghisap vape.
Jika kamu mahu orang bukan Islam untuk "cakna" tentang kehalalan makanan kamu, tunjukkan dahulu yang kamu menghormati kehalalan makanan kamu terlebih dahulu.
Ini Pandangan Seorang Bukan Islam Terhadap Muslim Yang Menghisap Vape ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment