Hapuskan GST/cukai peralatan sukan berbasikal
Penindasan GST/cukai amat dirasai kami peminat sukan berbasikal dan penjelasan menteri pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk justifikasi dan cadangan bagaimana menghadapi kerakusan GST bukan sahaja tidak membantu bahkan menghina kewarasan dan kebijaksanaan kami.
Lebih malang lagi, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang diharap-harapkan mampu membela nasib sukan berbasikal yang semakin berkembang ini adalah sekadar mengecewakan. Beliau nampaknya lebih sibuk menjaga kepentingan dan kedudukan peribadi untuk mengipas Najib dengan mengunakan aircon sedangkan kepayahan kami peminat sukan berbasikal menghadapi GST/cukai langsung tidak dipedulikan.
Tuntutan khusus kami peminat sukan berbasikal adalah agar GST/cukai terhadap segala jenis peralatan, kegiatan, barang dan perkhidmatan berkaitan aktiviti sukan berbasikal dihapuskan dengan segera.
Kepimpinan Najib seharusnya menghentikan penindasan terhadap kami peminat sukan berbasikal yang ingin mengamalkan kehidupan sihat.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Hapuskan GST/cukai peralatan sukan berbasikal. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment