Gadis korea berhijab ini baru saja memeluk Islam dan kelihatan begitu cantik, namun inilah 6 foto apa yang dia lakukan selepas peluk Islam yang tak disangka-sangka
K-pop bukanlah perkara yang asing lagi di negara ini. Nama-nama besar seperti Super Junior, BIGBANG, Beast dan banyak lagi semamangnya cukup popular dalam kalangan peminatnya di Malaysia.
Malah drama-drama hebat dari Korea juga berjaya menambat hati ramai. Lagi-lagi jika artis lelaki, memang digilai dan dipuja.
Namun pernah tak korang tengok gadis muslim Korea bertudung seperti ini? Gadis Korea ini mulai viral beberapa hari yang lalu di laman sosial sudah mempunyai ribuan pengikut di Instagram. Siapakah beliau? Cantik kan?
Satu-satunya dalam keluarga yang memeluk Islam
Gadis yang menggelarkan dirinya sebagai Ayana ini merupakan seorang muslim yang menetap di Korea. Sejak akhir-akhir ini dirinya menjadi perhatian pengguna sosial media terutamanya di Instagram.
Iyalah mungkin susah nak jumpa wanita muslim dari Korea yang berhijab seperti ini. Comel pula tu, siapa yang tak tertarik kan?
Menurut gadis berusia 20 tahun ini, dia satu-satunya dalam ahli keluarga yang memeluk Islam ketika masih di bangku sekolah lagi. Katanya lagi dia memang berasal dari Korea dan menetap di Seoul.
Sangat peramah
Sikapnya yang ramah dalam membalas hampir kesemua pertanyaan pengikutnya di Instagram membuatkan ramai jatuh hati dan tertarik dengan Ayana. Iyalah kebanyakan kami tengok orang Malaysia yang tanya macam-macam.
Kalau tak percaya, korang try komen dan tanya je apa-apa di Instagram dia, confirm dia jawab.

Bekas juara debat di sekolah
Bukan calang-calang tau, masa sekolah dulu Ayana ni sangat aktif dalam perdebatan dan mewakili sekolah sehingga bergelar juara.
Penerimaan orang Korea terhadap Islam?
Ditanya mengenai sikap dan penerimaan orang Korea terhadap Islam, Ayana mengatakan orang Korea tidak peduli tentang Islam. Mungkin ada sebahagian membenci namun jangan risau sebab mereka takkan menyerang.
Untuk pengetahuan, bilangan orang Islam di Korea sangat sedikit malah tidak sampai satu peratus daripada 50 juta penduduknya.
Bakal melanjutkan pelajaran di UIA?
Jejaka-jejaka yang dah jatuh hati dan mahu berjumpa dengan Ayana ni, jangan risau sebab menerusi bacaan kami di ruangan komen, tahun depan dia akan melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Menerusi post di Instagram, khabarnya dia akan ke Malaysia bulan ini. Pasti ramai yang tengah tunggu tu kan?
Sumber: Ohbulan

Gadis korea berhijab ini baru saja memeluk Islam dan kelihatan begitu cantik, namun inilah 6 foto apa yang dia lakukan selepas peluk Islam yang tak disangka-sangka ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment