'DIA CUMA BERGURAU TETAPI MAHKAMAH SAHKAN JATUH TALAK 3' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'DIA CUMA BERGURAU TETAPI MAHKAMAH SAHKAN JATUH TALAK 3' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'DIA CUMA BERGURAU TETAPI MAHKAMAH SAHKAN JATUH TALAK 3'

'DIA CUMA BERGURAU TETAPI MAHKAMAH SAHKAN JATUH TALAK 3'



Tadi datang seorang wanita muda lingkungan 30'an bersama dengan seorang rakan. Katanya baru balik dari Mahkamah Rendah Syariah. Wanita itu bercakap dengan nada perlahan. Aku cuba mendengar dengan jelas. Dia memulakan bicara.

"Boleh tak kalau saya dan suami merujuk kembali?" soalnya.

"Puan bercerai talak berapa?"

"Talak tiga," katanya sambil menangis teresak-esak.

"Allah!" spontan keluar mulut aku.

Si rakan cuba menenangkan dia. Seorang kakitangan wanita Pejabat Agama Islam memberikan penjelasan kepada wanita itu.

"Puan dan suami tidak boleh merujuk kembali sebab puan sudah bercerai dengan talak tiga melainkan selepas tamat iddah, puan berkahwin lain dan jika puan bercerai puan boleh berkahwin semula dengan suami yang pertama," jelasnya.

Wanita muda itu seolah-olah meluahkan perasaan, jadi saya pun mendengar masalah dia. Katanya, suaminya tidak melafazkan talak tiga di depannya.

"Jadi, macam mana puan tahu suami ceraikan puan dengan talak tiga?" soal aku.

"Begini, suami saya dengan nada gurauan bersembang dengan kawan dia 'aku sudah ceraikan isteriku dengan talak tiga'. Balik ke rumah, suami menceritakan kepada saya. Suami kata dia bergurau. Saya terus merujuk di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan talak jatuh. Luluh hati saya," katanya.

Aku hanya kata, "Puan, banyakkan bersabar ye. Minggu depan puan datang ke sini berjumpa dengan pegawai kami jika puan inginkan khidmat nasihat. InshaAllah kami akan bantu berikan puan semangat. InshaAllah,".

Secara jujurnya, aku benci dengan lelaki yang suka bermain dengan talak! Bergegar Arasy Allah.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'DIA CUMA BERGURAU TETAPI MAHKAMAH SAHKAN JATUH TALAK 3'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.