Video Najib tak jawab soalan yang diberikan Mengakibatkan Dewan Rakyat kecoh adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Video Najib tak jawab soalan yang diberikan Mengakibatkan Dewan Rakyat kecoh membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Video Najib tak jawab soalan yang diberikan Mengakibatkan Dewan Rakyat kecoh

Video Najib tak jawab soalan yang diberikan Mengakibatkan Dewan Rakyat kecoh


Video Dewan Rakyat kecoh, Najib tak jawab soalan yang ditujukan - Gambar Hiasan











Video Dewan Rakyat kecoh, Najib tak jawab soalan yang ditujukan – Gambar Hiasan

Sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, Penggal Ketiga yang baharu bermula Isnin sedikit tegang apabila Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.
Situasi itu berlaku apabila Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook (DAP) tidak berpuas hati kerana soalannya mengenai kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dijawab sendiri oleh Perdana Menteri yang juga menteri kewangan.

“Saya tak faham. Soalan saya ditujukan kepada menteri kewangan dan beliau ada di sini.
“Mengapa timbalannya pula yang menjawab. Menterinya ada di sini,” katanya.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan bahawa mengikut peraturan Dewan Rakyat, timbalan menteri atau setiausaha Dewan Rakyat boleh menjawab soalan yang dikemukakan kepada menteri.
Katanya, perkara ini sepatutnya perlu difahami oleh Siew Fook dan beliau tidak sepatutnya bangun dan mempertikaikannya.
“Jangan perkara yang sudah difahami dilencongkan lagi. Menteri yang berkenaan tak semestinya menjawab, ini difahami sejak dulu lagi.
“Kenapa tanya isu yang sepatutnya sudah selesai. Siapa pun yang menjawabnya, jelas ia jawapan daripada kerajaan,” katanya.
Seterusnya, Pandikar Amin berkata, perkara ini tidak harus dipolitikkan dan menganggap tindakan Siew Fook itu lebih kepada agenda peribadi.
“Bukan setiap perbahasan kita boleh politikkan, jangan bersikap begitu. Bagi saya itu adalah satu agenda peribadi dan politik.
“Yang lain tolong senyap, Seremban sila duduk,” katanya apabila keadaan Dewan Rakyat tegang berikutan keengganan Siew Fook untuk mematuhi arahan supaya duduk.
Pada sesi pertanyaan bagi jawapan lisan, Siew Fook bertanya jumlah kutipan GST yang diterima kerajaan mengikut sektor dari 1 April 2015 sehingga 30 September 2015 dan bagaimana cukai itu dimanfaatkan.
Soalan itu dijawab Datuk Chua Tee Yong.

sumber
 

Video Najib tak jawab soalan yang diberikan Mengakibatkan Dewan Rakyat kecoh ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.