'TOLONGLAH! AKU BUKAN NAK BR1M, JENUH DAH BERJIMAT!' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'TOLONGLAH! AKU BUKAN NAK BR1M, JENUH DAH BERJIMAT!' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'TOLONGLAH! AKU BUKAN NAK BR1M, JENUH DAH BERJIMAT!'

'TOLONGLAH! AKU BUKAN NAK BR1M, JENUH DAH BERJIMAT!'


Gambar Kiri Hanya Sekadar Hiasan

Aku bukan nak BR1M. Aku nak kerajaan fikirkan cara bagaimana nak kawal kos sara hidup yang semakin meningkat ini.

Harga barang naik, mata wang jatuh, ekonomi gawat, GST, dah jenuh berjimat. Ini nak naikkan lagi BR1M tahun depan. Janganlah jadi bodoh. Sudahlah aku tak dapat BR1M. Alang-alang nak bagi, bagilah kepada semua rakyat merasa BR1M. Kau ingat RM4,000 pendapatan seisi rumah itu cukup ke?

Buat macam aku, anak empat orang, gaji RM4,000. Orang lain tak ada anak, Gaji RM3,950 pula layak mendapat BR1M. Fikirkanlah, sudahlah tak dapat BR1M kena bayar pula cukai setiap bulan. GST pula kena bayar setiap hari.

Bukan nak mempertikaikan mereka yang layak mendapat BR1M dan bukan nak mempertikaikan mereka yang bergaji RM4,000 tetapi tak ada tanggungan. Itu rezeki masing-masing. Kalau aku dapat BR1M pun aku terima, rezeki. Tetapi tolonglah fikir, BR1M ini datang dari mana kalau bukan dari diri kita sendiri. Lainlah kalau BR1M dikorek dari RM2.6 bilion.

Yang dah dapat BR1M, jangan gembira sangat. Silap-silap makan abad. Malaysia semakin parah, nak cakap lebih tak boleh, protes tak boleh, semua tak boleh di Malaysia ini. Jadi Imam kena tampar, jadi pilot hilang dari radar, jadi lawyer kena tanam dalam tong simen, baik jadi PM hari-hari dapat derma.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'TOLONGLAH! AKU BUKAN NAK BR1M, JENUH DAH BERJIMAT!'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.