TERBARU - Remaju OKU, Muhammad Firdaus meninggal dunia
SEREMBAN: Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan kurus kering di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu, disahkan meninggal dunia akibat sawan tengah hari tadi.
Pada 21 Jun tahun lalu, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan di rumahnya ketika operasi Jabatan Imigresen. Dia yang kurus kering ditemui dikurung dalam bilik yang sangat kotor dan terdapat najis yang sudah kering.
Pada 17 November lalu, ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban.
sumber : bharian
TERBARU - Remaju OKU, Muhammad Firdaus meninggal dunia ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment