PUNCA SEBENAR WANITA DITETAK SUAMI & RAKANNYA SENDIRI TERJAWAP AKHIRNYA - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di PUNCA SEBENAR WANITA DITETAK SUAMI & RAKANNYA SENDIRI TERJAWAP AKHIRNYA harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
PUNCA SEBENAR WANITA DITETAK SUAMI & RAKANNYA SENDIRI TERJAWAP AKHIRNYA

PUNCA SEBENAR WANITA DITETAK SUAMI & RAKANNYA SENDIRI TERJAWAP AKHIRNYA



PORT DICKSON - Susulan tersebarnya kes seorang wanita ditetak oleh suami dan rakannya, ramai yang membuat andaian bahawa mangsa yang menjadi punca masalah menyebabkan suaminya tergamak bertindak demikian.

Tampil seorang saksi, Jay Alagan, yang mengakui mengenali mangsa dan keluarga menafikan dakwaan itu dan mendedahkan perkara yang sebenarnya.

"Saya kenal perempuan ini. Baru semalam saya pergi melawat dia di hospital. Keadaan dia masih kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah dan beberapa urat serta satu jari putus. Mangsa cedera parah di bahagian badan, tangan dan kepala," katanya.

Menurut Jay, suami kepada mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menuntut cerai darinya.

"Suami dia tidak puas hati apabila dia meminta untuk diceraikan. Lelaki ini juga pernah cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yang menunjukkan menantu mereka membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran.

Terancam dengan tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan sudah sebanyak 5 laporan polis dibuat ke atas lelaki ini. Namun, polis tidak pernah mengambil apa-apa ke atas lelaki itu dengan alasan bukti tidak mencukupi.

"Sekarang, bila mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak?" kata Jay yang kecewa pada polis yang didakwanya gagal bertindak cepat.

Bagaimanapun, dia tidak berniat mahu menyalahkan polis. Dalam pada masa yang sama, Jay turut meminta rakan-rakannya agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang mengatakan mangsa yang mencetuskan masalah sehingga lelaki itu berani mencederakannya.

"Ada segelintir pengguna di media sosial yang membuat tuduhan liar yang cuba memburukkan mangsa. Tetapi, tolonglah semua, jangan buat cerita yang bukan-bukan. Saya sudah mengenali wanita ini semenjak dia berumur 5 tahun," katanya yang turut meminta agar rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang akan menjalani pembedahan hari ini cepat sembuh dan selamat.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA SEBENAR WANITA DITETAK SUAMI & RAKANNYA SENDIRI TERJAWAP AKHIRNYA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.