PUNCA 3 HARI LAGI NAK KAHWIN, BAKAL SUAMI MAIN DENGAN PEREMPUAN LAIN TERJAWAP MENGEJUT
Seorang wanita yang bakal melansungkan perkahwinannya dalam 3 hari lagi meluahkan perasaan dan meminta pandangan pemilik laman Pesona Pengantin akan masalah tunangnya yang didapati curang.
"Assalamualaikum admin Pesona Pengantin. Saya nak minta pandangan admin dan rakan-rakan. Saya dan tunang akan berkahwin pada hari Sabtu ini. Tetapi dia telah menimbulkan masalah yang saya memang tidak boleh terima.
"Last night, birthday saya. Kami sudah berjanji akan menyambutnya bersama-sama. Tetapi last minute, dia batalkan sebab ada hal penting katanya. Saya mengiakan sajalah walaupun agak terkilan.
"Saya mendapat panggilan dari rakan yang memaklumkan ternampak tunang saya dengan perempuan lain. Pada mulanya saya tidak percaya. Tetapi bila kawan saya datang menjemput dan tunjuk sendiri, saya rasa sangat terkilan.
"Kami mengekori mereka dari One Utama sehingga ke Seksyen 25 Shah Alam. Yang paling saya terkejut, mereka berhenti dan masuk ke hotel.
"Dalam 15 minit menunggu di luar, saya tak berani nak masuk namun dipaksa juga oleh rakan. Seperti yang diduga, apa yang saya takutkan selama ini memang terjadi. Gelap dunia saya. Kecewa, terkilan, semua bercampur-campur.
"Saya memang tidak boleh menerima kenyataan. Dia meminta maaf. Saya tak dapat menerima kemaafannya. Tetapi bila dia suruh ingat kembali pada keluarga dan majlis perkahwinan kami yang tinggal beberapa hari saja lagi, saya menjadi serba salah. Apa ayang harus saya lakukan? Betul-betul buntu," katanya.
Rata-ratanya netizen menyarankan agar wanita itu memilih jalan yang perit namun ia adalah untuk kebaikan masa depan.
"Putuskan hubungan sekarang walaupun perit, malu dan sedih dari dah ada ikatan. Allah sudah berikan petunjuk bahawa dia tidak layak menjadi suami kamu," kata Salmi.
Bagaimanapun, ada yang menasihatkan agar meminta petunjuk dari Allah dan usah diikut pendapat di media sosial yang dipengaruhi emosi amarah.
"Sebaiknya awak sujudlah di depan Allah. Buat istikharah mohon petunjuk. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi, boleh jadi dari instict awak. Kalau belum kahwin dah berani bawa masuk hotel, apatah lagi bila awak dah kahwin, bila sudah berbadan dua dan berpantang, bila dia 'tak dapat' maka dia mula akan mencari 'lubang' lain.
"Mintalah nasihat orang tua kerana mereka lebih mengerti. Jangan kerana awak taksub dengan cinta, awak membelakangkan ibu bapa dalam membuat keputusan. Andai cinta pada awak dia telah robekkan, macam mana cintanya pada Allah? Kalau dia cintakan Allah sudah pasti dia takut untuk meluncur ke hotel bersama yang bukan mahramnya. Lebih baik awak kecewa/malu sekarang dari awak menderita dan menjadi bahan ungkitan dalam perkelahian kelak," kata Maihani.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA 3 HARI LAGI NAK KAHWIN, BAKAL SUAMI MAIN DENGAN PEREMPUAN LAIN TERJAWAP MENGEJUT. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment