KISAH BENAR: Peniaga muda MELAYU kurang ajar di Taman Tasik Jaya Senawang!
.
Lokasi kejadian: MAHA CENDOL, TAMAN TASIK JAYA, SENAWANG N.sembilan.
Petang tadi aku tersesat jln di area senawang Seremban. Dipenghujung simpang berhampiran traffic light, aku ternampak satu gerai tertulis MAHA CENDOL. Aku pun singgah nak tanya penunjuk jln. Tekak pun rasa haus.
Aku order semangkok cendol durian dengan rojak sotong sepinggan. Dalam menunggu dtg budak melayu, berjanggut panjang jugak. Boleh tahan ramah jugak budak ni. Aku budget owner la ni. Tunggu punya tunggu, sampai la cendol durian & rojak sotongnya yang orang kata sedap sangat tu!
Aku buat relax je la. Baru sesuap masuk mulut, woiii kurang hajak betoi!! Berdiri aku! Apa punya resepi kau buat ni??!! Ni la dia kalau orang melayu meniaga!! Kombinasi cendol durian dia, perghhh terbaikkk woiii!! Pure, manis, melekat, melekit dekat tekak gua cakap luu!! Ini cendol durian terbaik pernah aku rasa.
Sedap manis melekat dgn jagong dan kacang merah Rojak sotong dia?? Haaa yg ni betoi gila punya! Bak kata Ahmad Nispu dlm filem ibu mertuaku "Aku pusing seluruh Malaya termasuk Singapura, tak pernah jumpa rojak pasembok sesedap ini." Rupanya ptg itu bukan tersesat tapi terbaiikkk broo.
Tak pernah terfikir orang melayu, budak muda pulak tu boleh buat cendol dgn rojak sesedap ni. memang terbaikkkk!!! Korang kena cuba la kalau nak tau kuajaq tak kuajaq cendol dengan rojak dia. Sekian, cerita peniaga melayu kurang ajar. Hihihi. Terima kasih membaca catatan aku
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal KISAH BENAR: Peniaga muda MELAYU kurang ajar di Taman Tasik Jaya Senawang!. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment