'KENAPA LELAKI BOLEH VAPE, KAMI BETINA TAK BOLEH PULAK?' - GADIS VAPE CUN MELECUN - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'KENAPA LELAKI BOLEH VAPE, KAMI BETINA TAK BOLEH PULAK?' - GADIS VAPE CUN MELECUN harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'KENAPA LELAKI BOLEH VAPE, KAMI BETINA TAK BOLEH PULAK?' - GADIS VAPE CUN MELECUN

'KENAPA LELAKI BOLEH VAPE, KAMI BETINA TAK BOLEH PULAK?' - GADIS VAPE CUN MELECUN



SHAH ALAM - Wanita yang mempunyai minat terhadap vape dan memuat naik gambar mereka sedang vaping di media sosial seringkali dikecam oleh netizen yang menganggap perbuatan itu tidak molek. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wanita beragama Islam.

Memetik temubual wartawan The Malaysian Insider dengan beberapa pengguna Vape di Festival Vape Shah Alam di Shah Alam Convention Centre (SACC) semalam, menegaskan menghisap vape bukanlah sesuatu yang salah.

"Perempuan dengan lelaki sama saja. Kalau untuk perempuan tak elok kenapa lelaki elok pula? Kami bukan buat jenayah," kata Natasha Elina, 23, yang kesal tanggapan masyarakat yang tidak adil terhadap mereka.

"Saya dulu hisap shisha dan kini beralih ke vape. Tetapi kalau di tempat yang ada ramai orang tua, kalau boleh janganlah hisap," katanya yang bekerja sebagai pembantu peribadi.

Bagi Farah Hana Syazwani, 21, pula berpendapat, tiada salahnya jika perempuan minat dan menghisap rokok elektronik itu.

"Itu terpulang pada individu. Kalau perempuan bertudung hisap rokok, lagilah nampak teruk. Baik hisap vape," katanya sambil tersenyum.

Dua gadis yang temui pula mengaku apabila mereka beralih ke rokok elektronik, ia banyak membantu mereka untuk berhenti dari merokok.

"Saya nak berhenti merokok dan saya suka dengan banyak perisa vape. Sehingga sekarang saya hanya hisap vape, tiada lagi melayan rokok tembakau. Lagipun kesan hisap rokok lebih teruk dari vape. Jadi apa masalahnya kan," ujar Tasha, 20, jurujual sambilan di festival tersebut.

"saya tak ketagih vape pun. Saya dah lama menghisap rokok, jadi sekarang baru nak belajar hisap vape. Kalau ada vape, saya kurang hisap rokok," kata Umi Kalsom, 21, pelajar kolej swasta.

Rata-rata wanita yang menghisap vape menyatakan rokok elektronik itu memberikan kepuasan kepada mereka dengan pelbagai perisa selain dari bau yang harum. Dari segi kos pula, mereka berpendapat ia lebih menjimatkan kerana ada model vape yang mampu milik dan kos penyelenggaraannya rendah.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'KENAPA LELAKI BOLEH VAPE, KAMI BETINA TAK BOLEH PULAK?' - GADIS VAPE CUN MELECUN. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.