Ibu buang bayi dalam mesin basuh ditahan: Polis siasat sama ada bayi anak suami atau anak ‘lelaki lain’
Polis menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berusia sehari yang dibuang di dalam sebuah mesin basuh rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan lewat malam Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Yan, DSP Mohd Halim Yatim, suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari Khamis oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.
Hasil siasatan, suspek berusia 38 tahun itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam bilik air di rumah tersebut yang dikongsi bersama bapa mertuanya, Zainol Hamid tanpa pengetahuan suami serta bapa mertuanya.
Suspek juga mengaku bayi berkenaan adalah hasil hubungannya dengan suami, namun pada masa sama polis masih menyiasat sama ada bayi itu adalah hasil hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan suspek bertindak membuang bayi tersebut.
Suspek kini ditahan sementara di Hospital Yan untuk proses ujian DNA.
“Kita dah dapat menahan seorang suspek perempuan berbangsa Melayu berusia lebih kurang 38 tahun dan melalui siasatan yang telah dilakukan wanita tersebut mengaku melahirkan bayi tersebut pada 27 Oktober lalu dan yang ini kita sedang menyiasat juga mengapa dia mengambl tindakan menyembunyikan kelahiran bayi tersebut dan meletakkannya dalam mesin basuh.
Pihak polis turut menemui uri yang dibuang suspek di dalam lubang tandas bilik mandi rumahnya itu sebaik melahirkan bayi terbabit.
Bayi seberat 2.86 kilogram itu kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Ibu buang bayi dalam mesin basuh ditahan: Polis siasat sama ada bayi anak suami atau anak ‘lelaki lain’ ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment