'HINAKAH SAYA MENCINTAI SUAMI ORANG?' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'HINAKAH SAYA MENCINTAI SUAMI ORANG?' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'HINAKAH SAYA MENCINTAI SUAMI ORANG?'

'HINAKAH SAYA MENCINTAI SUAMI ORANG?'

'Patut atau tidak?' Itulah persoalan yang diajukan oleh seorang wanita yang dilema bermain cinta dengan seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa. Wanita yang tidak ingin namanya didedahkan ini, meminta pandangan dari laman Pesona Pengantin meskipun tahu akan jawapan yang diberikan itu kebanyakan negatif.



"Salam admin, mohon rahsiakan identiti saya. Saya nak tanya pendapat admin mahupun rakan yang lain. Mungkin pertanyaan saya ini akan dikecam oleh banyak pihak. 

"Berkaitan dengan soal poligami. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga, mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung. 

"Perkenalan kami baru berusia dua tahun. Dia ada menyampaikan hasrat untuk menjadikan saya sebagai isteri keduanya. Malah dia sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya. 

"Dia memaklumkan pada saya bahawa dia akan beritahu perkara itu kepada isterinya. Tetapi bukan pada masa isterinya sedang sangat sarat mengandung. 

"Pertanyaan saya, jika saya meneruskan hubungan ini atas dasar cinta, adakah ianya satu keputusan yang terhina sebagai seorang wanita? Saya pernah menyuarakan kepada dia bahawa saya rasa bersalah dan kasihan terhadap isterinya sebagai sesama wanita. Tetapi dia menjawab, dia mampu untuk berpoligami dengan adil. Dan hasrat dia untuk menjadikan saya sebagai isteri kedua itu juga tidak dilarang dalam agama.

"Jawapannya itu membuatkan saya dalam dilema. Harap admin dapat membantu saya. Saya terima jika ada yang mengecam saya mahupun marah atau maki kerana saya tahu perkara ini sangat sensitif. Saya mohon maaf," katanya.

Tampil seorang individu, Deano, menjawab persoalannya yang mana jawapan yang diberikan itu juga menerima 1,467 Likes.

"Saya belum berumahtangga tetapi terpanggil untuk memberikan pendapat. Mungkin kerana adik beradik ramai perempuan dan ibu saya juga adalah ibu tunggal.

"Dari pandangan saya, dari awal perhubungan lagi lelaki itu tidak adil dengan isteri pertama sebab apakah alasan yang dia berikan pada isterinya untuk berjumpa dengan awak? 

"Kedua, mengapa hubungan itu sudah berlanjutan selama dua tahun meskipun awak tahu yang dia mempunyai anak dan isteri? Awak sendiri mencari masalah? 

"Ketiga, mampu bukan setakat mencampak duit bagi anak dan melayan nafsu. Kalau betul dia mampu, maksudnya dia juga mampu menjalankan amanah dan rukun-rukun Islam. Solat tak? Puasa tak?

"Keempat, kalau dia menjalankan perintah Allah, tahu tak dia bahawa berdua dengan bukan mahram adalah seperti berdua dengan seekor babi? Bohonglah kalau tidak pernah berjumpa kan?

"Kelima, awak terfikir tak suatu hari nanti dia juga akan memberikan alasan yang sama untuk melengkapkan kuota yang ketiga dan keempat isterinya nanti? Mampu nak tabahkan hati pada ketika itu? Isteri pertama dapat payung emas, awak pula mendapat payung Shell sahaja sebab rebate isi minyak.

"Banyak lagi soalan-soalan yang saya nak tanya. Lelaki itu poyo kalau dia berkata yang dia mampu. Sebab ada GST pun sudah pasti dia memekak tidak setuju. Senang cerita, tak payahlah mengusutkan masalah yang ada. Saya sebagai lelaki tidak setuju sebab membayangkan kalau itulah yang terjadi pada adik-adik perempuan saya. Awak dan lelaki itu akan makan kaki kiri dan kanan. Seorang sebelah. Sekian," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'HINAKAH SAYA MENCINTAI SUAMI ORANG?'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.