AKHIRNYA Mangsa Yang DIBELASAH Oleh "Gangster Wanita Kelantan" Mendedahkan CERITA SEBENAR !
Kota Bharu: “Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa
keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.
“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga
kini,” kata mangsa pukul beberapa wanita yang rakaman videonya
menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.
Dalam rakaman itu, mangsa dikenali sebagai Nila, 22, dibelasah
teruk dan dimalukan gara-gara salah faham serta didakwa
menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.
Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu
dan menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan
polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Menurut Nila, dia tiada upaya melawan kembali
perbuatan wanita terbabit kerana keseorangan, selain dikeliling
ramai rakan wanita berkenaan.
Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur
kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya
menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan
Zainab II (HRPZ II), di sini.
“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak
mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya
kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.
“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin
tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa
tidak puas hati dan salah faham,” katanya.
Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia
dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas
hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu.
“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika
saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu
saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.
“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang
berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sanga
t kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti
didakwa.
“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang
didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang
rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,” katanya.
AKHIRNYA Mangsa Yang DIBELASAH Oleh "Gangster Wanita Kelantan" Mendedahkan CERITA SEBENAR ! ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment