Tindakan Jaga Bank Sepak Wanita Kurang Siuman Timbulkan Kemarahan Netizens Terjawap - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Tindakan Jaga Bank Sepak Wanita Kurang Siuman Timbulkan Kemarahan Netizens Terjawap harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Tindakan Jaga Bank Sepak Wanita Kurang Siuman Timbulkan Kemarahan Netizens Terjawap

Tindakan Jaga Bank Sepak Wanita Kurang Siuman Timbulkan Kemarahan Netizens Terjawap



Menjadi viral di laman sosial sejak semalam sebuah video yang telah menimbulkan kemarahan dikalangan netizen apabila menunjukkan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di Sandakan, Sabah telah bertindak kurang ajar menyepak seorang penggemis yang dipercayai kurang siuman.

Berdasarkan rakaman video berkenaan yang berdurasi 1:32 saat itu menunjukkan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an sedang duduk menggemis di hadapan sebuah bank.

 Namun tindakan wanita berkenaan yang menggemis dihadapan pintu bank telah menyebabkan pengawal keselamatan bank berkenaan cuba menghalaunya.

Bagaimanapun tindakan menghalau wanita berkenaan dengan menyepaknya adalah satu perbuatan yang biadap di mana kerana tindakan berkenaanlah menimbulkan kemarahan netizen.

Selepas menendang wanita itu, pengawal berkenaan tersebut dilihat telah menyedari tindakannya dirakam menyebabkan dia kembali masuk ke dalam bank dan wanita berkenaan pula dilihat menangis.

Ada seorang pelanggan bank berkenaan telah pergi kearah wanita tersebut dengan memberi sedikit wang dan menyuruhnya beredar dari tempat berkenaan bagaimanapun dilihat wanita tersebut terus menangis sehingga akhir video.




Rata-rata netizens mengecam tindakan ini

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Halim Ishak berkata "baru jadi sekuriti dah nak tendang2 orang..buat malu persatuan sukuriti sedunia la mamat ni."

Manakala Rashidi Shidi pula berkata "Hooi cik abang dia tu hamba allah juga yang hang duk tendang dia pasai apa tidak bolwh cakap elok2 ke, bagi makan ke,bagi dia duit ke x kesian langsung baru jadi jaga dah nak tunjuk langsi blh jalan daa."

"Sepatutnya security perangai dia elok... tapi yg nii mcm apa pula... sakit pula hati tengok dia main tendang2 makcik tuh... tunggu la ko tua esk... org sepang terajang ko... yg merakam nii tgk jerk... bkn pergi tolong," Kata Melvin Gunners.

Bagaimanapun seorang pengguna Facebook bernama WakJokorio Mas berkata " Hentikan mengumpat lelaki(pengawal) berkenaan kerana video ini telah dirakam separuh sahaja oleh orang yang tidak bertanggung jawab."

"Wanita penggemis berkenaan dikenali sebagai Asau oleh orang sekitar Sandakan dan selalu berada dihadapan bank berkenaan, kalau kita tidak bagi wang kepadanya dia akan marah dan pukul," katanya.

Dia juga menceritakan yang dia juga pernah hampir dipukul kerana tidak menghiraukan wanita berkenaan selain turut dimaki, namun menurutnya nasib baik kerana ada rakannya bersama dan dia juga menegaskan wanita tersebut adalah tidak waras.

Apapun pada pandangan admin sendiri, tidak perlulah sehingga menyepak beliau kalau apa terjadi pun kerana dia bukan 'betul', tindakan yang terbaik sepatutnya hubungi pihak berkuasa seperti polis untuk menyuruh dia pergi jika dia tidak mahu beredar.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Tindakan Jaga Bank Sepak Wanita Kurang Siuman Timbulkan Kemarahan Netizens Terjawap. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.