Terbaik! Zahid beri lampu hijau ahli Umno sertai protes baju merah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan melarang ahli Umno untuk mengambil bahagian dalam protes baju merah anti-BERSIH.
"Saya rasa itu adalah hak individu ahli-ahli Umno," katanya.
Bercakap di Pejabat Perdana Menteri hari ini, beliau berkata bantahan itu dianjurkan oleh sebuah NGO.
"NGO itu juga akan menjemput Umno," katanya.
Sementara itu, Zahid (gambar) yang juga menteri dalam negeri berkata, kerajaan tidak akan terlibat dengan perhimpunan tersebut.
""Kerajaan tidak ada pandangan mengenai perkara ini.
"Kita serahkan 100 peratus kepada polis untuk melakukan tindakan terutama dari segi pemberian permit dan tindakan penguatkuasaan jika permit diberikan," katanya.
Perhimpunan baju merah itu dijadual diadakan 16 September ini.
Penganjur misteri perhimpunan itu merancang untuk menghimpunkan 300,000 orang untuk menghadiri protes tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Terbaik! Zahid beri lampu hijau ahli Umno sertai protes baju merah . Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment