'Sumpah saya takkan pipit pelacur lagi'
BANDA HILIR - Tindakan dua lelaki yang melanggan pelacur buat pertama kali akhirnya membawa padah apabila dicekup dalam serbuan polis di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin.
Sudahlah ditangkap, kedua-dua lelaki berusia 28 tahun itu juga tidak keruan apabila mendapat tahu wanita dilanggannya mengakui positif HIV dalam serbuan di unit apartmen hotel berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam.
Menurut salah seorang lelaki itu, mereka melanggan dua pelacur dikenali menerusi aplikasi WeChat, menawarkan perkhidmatan tersebut dengan bayaran RM150.
“Saya sumpah takkan langgan lagi. Ini kali pertama cuba tak sangka pula polis serbu. Nak-nak pulak dia mengaku ada HIV. Lepas ni saya memang kena buat pemeriksaan di hospital,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Polis Banda Hilir dan dilepaskan selepas keterangan diambil.
“Serbuan di apartmen tingkat dua hotel itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) selepas melakukan penyamaran dan intipan bermula jam 6.30 petang.
“Dua lelaki tersebut dicekup bersama dua wanita Thailand berusia 28 dan 30 tahun dan hasil pemeriksaan kita menemui beberapa peralatan untuk melakukan aktiviti tidak bermoral termasuk 20 kondom dan dua gel pelincir,” katanya.
Kamaluddin berkata, kedua-dua wanita yang memasuki negara ini sebagai pelancong pada 28 Ogos lalu, kini ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'Sumpah saya takkan pipit pelacur lagi'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment