'SUKA HATI SAYALAH NAK BAWA ANJING DALAM PASAR RAYA'
JOHOR BAHRU - Tanpa sebarang rasa bersalah, seorang wanita membawa seekor anjing peliharaannya ke dalam pasar raya, menggunakan troli mengundang kemarahan orang ramai.
Gambar yang dimuat naik oleh Sharafazleen di laman Facebook pada 2 jam yang lalu, dikecam netizen kerana tindakan wanita itu tidak sensitif.
Menurut Sharafazleen, kejadian itu berlaku di Tesco Plentong, Johor Bahru dan dirakam oleh dirinya sendiri yang kini telah mendapat 200 perkongsian di laman Facebook.
Beliau juga telah mengadu perkara itu kepada pengawal keselamatan namun respon yang diberikan agak mengecewakan.
"Dah report tadi, tapi guard pun macam slow je," katanya.
Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu menimbulkan keresahan pada pengguna.
"Sudahlah bawa anjing guna troli, anjing dia kencing pula tu. Dia ingat ini taman perumahan ke apa?" kata netizen.
Apa yang menjadi kebimbangan netizen, ialah troli yang digunakan itu telah dicemari dan menimbulkan kebimbangan pengguna terutama pengguna muslim.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'SUKA HATI SAYALAH NAK BAWA ANJING DALAM PASAR RAYA'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment