Ketua konvensyen antirasuah PBB minta Najib letak jawatan
Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) mahu perdana menteri meletakkan jawatan supaya tiada campur tangan dalam siasatan berkaitan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.
Pengerusi UNCAC Manzoor Hasan berkata perkara itu langkah terbaik bagi memastikan sebuah siasatan yang adil.
“Dalam dunia yang ideal, kamu mahu lihat perdana menteri kekal, dan siasatan juga berlangsung.
“Tetapi saya fikir realitinya jika mereka tidak letak jawatan, proses siasatan boleh dipengaruhi dan menjejaskan keseluruhan proses.
“Jika kamu gunakan prinsip biasa, prinsip undang-undang, apabila seseorang disiasat, biasanya orang itu akan letak jawatan supaya siasatan bebas boleh berlangsung,” Manzoor dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider hari ini.
Bercakap dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, Manzoor berkata keengganan Najib berundur tidak pelik, tetapi bukan perkara baru.
Akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mengejutkan politik Malaysia dengan laporan mendakwa wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wang itu hasil sumbangan derma, sekali gus menimbulkan perbahasan awam sama ada ia berunsur rasuah atau tidak serta persoalan melibatkan isu integriti.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Ketua konvensyen antirasuah PBB minta Najib letak jawatan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment