Gelaran Dato Itu Adalah Gelaran Dunia Sahaja - Nurul Hidayah Ahmad Zahid
Berikutkan tersebarnya beberapa keping gambar mengenai status gelaran Dato' yang diberikan kepada anak perempuan TPM, Nurulhidayah Ahmad Zahid baru-baru ini, beliau telah menerima kritikan daripada pengguna laman sosial.
Kerana kritikan itu, Nurul telah tampil memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan kerana menurutnya apa yang disebar mengatakan dia mendapat gelaran berkenaan kerana kerana jasa sebagai Ketua Perbarisan ketika menjadi Askar Wataniah dan menafikan gambar yang telah diedit berkenaan adalah tidak benar.
Beliau melalui laman Instagramnya telah memuatnaik status untuk menjawab semua kritikan dan tuduhan tersebut.
“Hak bersuara saya dinafikan. Tetapi sy tampil utk menafikan bahawa sy tidak pernah mengeluarkan apa2 kenyataan bahawa gelaran Dato’ itu adalah kurniaan yg sy terima kerana menjadi ‘Parade Commander’ atau Ketua Perbarisan dlm satu acara Askar Wataniah."
“Saya tidak pernah membuat kenyataan itu,” tegasnya.
Gambar yang tersebar di laman sosial menyebabkan dia dikritik ramai
Nurul memberitahu bahawa anugerah yang diterimanya itu adalah atas sumbangan dan kerjayanya sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Beliau jugak menyelar tindakan mereka yang mempersoalkan 'jasanya' sehingga membolehkan menerima gelaran tersebut.
“Untuk pengetahuan umum, gelaran Dato’ TIDAK TERHAD kepada ‘jasa’ apa yang diberikan oleh seseorang kpd sesebuah negeri. Ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yg Tuanku kehendaki,”
“Walaubagaimanapun, gelaran Dato’ itu adalah gelaran didunia sahaja. Yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup. Kepada yang menyebarkan fitnah, kita akan berjumpa kelak di mahkamah Allah,” katanya.
Menurut kenyataannya lagi, beliau yang memegang jawatan sebagai Leftenan Muda Askar Wataniah tidak akan mudah untuk memalukan angkatan Askar Wataniah yang disanjungan tinggi olehnya.
Nama Nurul kebelakangan ini semakin dikenali selepas beliau mengeluarkan kenyataan mengenai perhimpunan BERSIH 4 yang disifatkan olehnya sebagai kerja bodoh dan sia-sia.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Gelaran Dato Itu Adalah Gelaran Dunia Sahaja - Nurul Hidayah Ahmad Zahid. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment