CUBAAN SAMUN KERETA DI MYDIN SEREMBAN 2 CETUS KEGEMPARAN PENDUDUK SEREMBAN
Ya Allah! Syukur kerana kami sekeluarga masih dipanjangkan umur.
5 September 2015, lebih kurang pada jam 3.15 petang, kami pergi ke Mydin Seremban 2 sebab si kakak nak makan nasi ayam. Kami parking di tingkat atas Mydin, kawasan terbuka kononnya nak dekat dengan entrance.
Anak-anak turun dengan suami di sebelah pintu pemandu. Saya turun di sebelah penumpang. Sebaik saja saya menutup pintu kereta tiba-tiba terdengar suami menjerit "Allahuakbar!"
Dalam kepala saya, "Hah!? Anak kena langgar ke??". Saya segera berlari dan tengok. punyalah menggeletar apabila suami yang tengah mendukung si adik sedang diacukan parang di leher. Si kakak pula sempat melarikan diri.
Saya terus menjerit dan menarik kakak dan lari ke arah entrance sambil menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai yang ada di situ.
Saya terdengar suami menjerit dari jauh. Hanya Allah saja yang tahu apa yang ada di dalam hati dan kepala ini pada masa itu. Saya nak patah balik ke arah suami dan adik, saya tengok adik sedang menangis di bawah, manakala penyamun sudah lari masuk ke dalam kereta.
Semasa pergelutan itu, suami letak adik di bawah dan campak jauh-jauh kunci kereta dengan harapan si penyamun pergi ambil dan di kesempatan itu mereka boleh melarikan diri. Namun, penyamun itu terus menetak suami dengan bahagian belakang parang. Seorang lagi penyamun turun dari kereta dan menendang dada suami sebelum melarikan diri.
Saya sempat berlari melihat nombor pendaftaran kereta WTK4303, Proton Perdana V6 berwarna hitam yang dinaiki oleh tiga lelaki Melayu.
Syukur sangat-sangat suami dan anak selamat. Syukur sangat Allah melindungi anak-anak kami seolah-olah dikaburi pandangan penyamun-penyamun tersebut pada anak kami. Kami sekeluarga masih trauma.
Peringatan untuk semua agar berhati-hati walau di mana saja anda berada. Sudah banyak kali kes jenayah seperti ini terjadi di Mydin Seremban 2. Tahap kawalan keselamatan memang teruk. Di pintu masuk utama langsung tidak pengawal keselamatan.
Selepas kejadian itu, pihak pengurusan enggan berjumpa dengan kami. Bila saya naik hantu, baru mereka nak turun dan itupun selepas hampir dua jam.
Menurutnya, apa yang terjadi hanyalah insiden kecil.
"Kepala hangguk bapak kau! Kau nak tunggu suami dan anak aku mati baru kau nak kata ini kemalangan besar??! Bangang punya management Mydin S2! Setakat hantar kotak First Aid je, lepas itu pandai-pandai kamilah eh? Tak kena batang hidung kau bolehlah cakap macam itu. Bangang!
Kepada Mydin, anda perlu tingkatkan tahap keselamatan pelanggan anda!
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal CUBAAN SAMUN KERETA DI MYDIN SEREMBAN 2 CETUS KEGEMPARAN PENDUDUK SEREMBAN. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment