Ayahanda Rani Kulup 'Ugut' Mahu Ke Amerika Untuk Cari Alvin Tan
Barangkali berang dengan tindakan tidak berkesudahan Alvin Tan yang sering menghina agama Islam dan kaum Melayu, Abdul Rani Kulup Abdullah kini menggesa kerajaan menyegerakan prosedur ekstradisi blogger kontroversi berkenaan.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat desakan itu terhadap Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negara.
Dengan langkah itu menurutnya akan membolehkan Alvin segera ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara, demikian memetik laporan Sinar Harian Online.
"Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan.
"Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin," katanya berseloroh.
"MJMM akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi, isu Alvin menghina kalimah ALLAH, pada 8 September ini (esok) jam 11:30 pagi," katanya lagi.
Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin oleh beberapa pertubuhan dan individu, namun tiada tindakan diambil terhadap blogger berkenaan yang masih bebas di Amerika Syarikat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Ayahanda Rani Kulup 'Ugut' Mahu Ke Amerika Untuk Cari Alvin Tan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment