Ahmad Maslan: Padang Merbok tak akan muat hari ini - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Ahmad Maslan: Padang Merbok tak akan muat hari ini harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Ahmad Maslan: Padang Merbok tak akan muat hari ini

Ahmad Maslan: Padang Merbok tak akan muat hari ini



Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan yakin Padang Merbok, Kuala Lumpur tidak muat bagi menampung peserta Himpunan Rakyat Bersatu hari ini.

"Saya yakin padang ini tak akan muat dengan peserta yang hadir.

"Saya tidak dapat jangkakan, tapi apabila kumpul, nanti akan tahu jumlah yang hadir," katanya kepada pemberita di tempat lokasi.

Ahmad berkata, sekiranya perhimpunan ini tidak mendapat permit dari pihak berkuasa beliau tidak akan menyertainya.

Tambahnya lagi, perhimpunan ini dilakukan bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika negara berhadapan dengan pelbagai masalah.

"Perhimpunan ini menunjukkan sokongan usaha-usaha kerajaan, tentang masalah sedang melanda termasuk kemerosotan ringgit.

"Himpunan ini bagi menunjukkan supaya masalah itu selesai pulih," katanya.

Beliau turut yakin tidak ada sebarang kekecohan akan berlaku sekiranya peserta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Ketika laporan ini ditulis, di Padang Merbok jumlah peserta meningkat kepada 1,500 orang.

Turut kedengaran dari pentas utama melalui alat pembesar suara 'Hidup Melayu' dan disambut oleh peserta perhimpunan.

Peserta perhimpunan turut diarah mengambil nasi putih berlauk kari ayam di bawah khemah yang disediakan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Ahmad Maslan: Padang Merbok tak akan muat hari ini. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.