10 - 0 : Zaquan Sedih Laporan Akhbar Tempatan Label Pemain Wajah Memalukan Negara
Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kekalahan 10-0 dalam perlawanan bola sepak antara Malaysia dan UAE dalam aksi perlawanan ketiga kumpulan A bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019
Kekalahan tersebut menyebabkan pelbagai kritikan dari orang ramai terutamanya peminat di media sosial. Selain itu, sebuah akhbar tempatan juga dilihat mengkritik kekalahan memalukan itu dengan melabelkan wajah pemain-pemain yang terlibat dalam perlawanan sebagai memalukan negara.
"Inilah wajah anggota skuad Harimau Malaya yang memalukan negara di Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini", tulis akhbar tersebut bersama satu gambar skuad Harimau Malaya.
Pemain bola sepak negara, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak tampil menzahirkan perasaan kecewa ke atas laporan yang disifatkan olehnya sebagai tidak sensitif itu.
"Typical writer. Wajar kah anda sebagai penulis melebelkan pemain ini sebagai wajah yang memalukan? Wajah anda lebih memalukan daripada mereka yang berusaha bermain untuk negara..jangan hanya pandai menulis tanpa melihat hati dan perasaan mereka..maaf jika tersalah kata", tulis Zaquan diakhiri dengan hashtag #harimaumalaya.
Kekalahan itu juga menyebabkan Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Dollah Salleh, meletak jawatan dan digantikan dengan Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 10 - 0 : Zaquan Sedih Laporan Akhbar Tempatan Label Pemain Wajah Memalukan Negara. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment