TUNJUK SIJIL NIKAH SEBELUM SEWA BILIK HOTEL - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di TUNJUK SIJIL NIKAH SEBELUM SEWA BILIK HOTEL harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
TUNJUK SIJIL NIKAH SEBELUM SEWA BILIK HOTEL

TUNJUK SIJIL NIKAH SEBELUM SEWA BILIK HOTEL



KUALA LUMPUR - Pasangan bukan Islam enggan menyewa bilik di sebuah hotel di Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur kerana tidak berkahwin, lapor Sin Chew Daily.

Wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Wang berkata, dia dan teman lelakinya mahu menyewa sebuah bilik pada petang Ahad untuk memudahkan mereka pergi ke lapangan terbang bagi mengejar jadual penerbangan awal pada keesokkan pagi.

Bagaimanapun, mereka enggan menyewa bilik apabila mereka tidak dapat mengemuka sijil perkahwinan mereka.

Teman lelaki Wang kemudian menyewa sebuah bilik dan mereka berdua menunggu di dalam bilik sementara menunggu dua rakan perempuan mereka agar Wang dapat berkongsi bilik dengan rakannya.

Namun, pekerja hotel tersebut datang ke bilik itu dan meminta salah seorang daripada mereka keluar dari bilik itu kerana pasangan yang belum berkahwin tidak dibenarkan duduk sebilik.

Menurut pekerja hotel berkenaan, peraturan itu telah ditetapkan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Kami hanya mengikut peraturan yang ditetapkan," kata kakitangan hotel tersebut.

Ketika dihubungi, pemilik hotel berkenaan pula menyatakan sebaliknya.

"Orang bukan Islam tidak perlu mengemukakan sijil perkahwinan apabila menyewa sebuah bilik. Hanya pasangan Islam sahaja yang perlu berbuat demikian. Saya rasa pekerja saya telah faham.

"Saya akan terangkan kepada mereka bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi," kata pemilik hotel itu yang memohon maaf di atas kejadian itu


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal TUNJUK SIJIL NIKAH SEBELUM SEWA BILIK HOTEL. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.