'TANPA JURURAWAT, SAYA TAKKAN SURVIVE' - DOKTOR
Terus terang, saya berasa sangat-sangat sedih dan kecewa apabila terbaca mesej-mesej sesetengah orang yang mengutuk-ngutuk jururawat sehingga ada yang melabelkan mereka sebagai hamba abdi dan pelacur. Itu sememangnya sangat melampau.
Saya adalah seorang doktor dan saya tahu dan sedar yang gred jawatan saya jauh lebih tinggi daripada mereka. Tetapi saya sedikit pun tidak pernah memandang rendah pada mereka. Sebaliknya, saya menghormati mereka dan saya banyak terhutang budi pada mereka.
Sewaktu saya mula-mula bekerja sebagai doktor pelatih dahulu, jururawatlah tempat saya banyak belajar. Dengan merekalah saya belajar bagaimana nak set up branula, bagaimana nak mengambil sampel darah, bagaimana nak insert urinary catheter dan banyak lagi. Kalau saya gagal buat semua itu, mereka dengan rela hati akan membantu walaupun mereka sibuk dengan tugasan yang lain. Tidak pernah mereka mengeluh atau membiarkan saya terkapai-kapai. Kalau saya tidak pasti dengan patient's management atau ubat-ubatan, adakalanya saya akan bertanya kepada mereka kerana mereka sangat berpengalaman.
Mereka jugalah tempat saya mengadu apabila saya stress dengan kerja, stress dengan patient's yang banyak ragam, stress dengan rakan HOs yang kiasu, stress dengan MOs yang garang, stress dengan specialists yang tidak memahami. Mereka sudi mendengar segala keluh kesah luahan hati saya. Kesimpulannya, kalau mereka tiada, memang saya takkan survive.
Bagi saya, jururawat adalah pekerjaan yang sangat mulia dan sangat penting. Tanpa mereka, sesebuah institusi hospital boleh lumpuh sepenuhnya walaupun dipenuhi dengan doktor-doktor.
Begitulah besarnya peranan mereka. Mereka inilah yang banyak berkorban sebenarnya. Adakalanya saya sangat bersimpati dengan mereka. Mereka bekerja mengikut sistem syif. Kalau tiba giliran kerja syif malam, mereka akan bekerja tiga malam berturut-turut (9 petang - 7 pagi esoknya). Siangnya bukan mereka dapat tidur pun, lebih-lebih lagi yang ada suami yang perlu dilayan dan anak-anak yang perlu diuruskan.
Pada musim raya, ada sesetengah yang terpaksa bekerja pada hari raya. Ada yang sampai 3 - 4 tahun berturut-turut beraya di hospital
Bagi mereka yang mengutuk-ngutuk pekerjaan jururawat, anda adalah manusia yang paling jijik dan terkutuk. Suatu hari nanti, apabila anda sakit atau sudah tua, hospital jugalah yang akan menjadi tempat persinggahan anda. Pada waktu itu, anda akan menyesal dengan segala apa yang anada penah katakan terhadap jururawat kerana merekalah yang akan banyak membantu anda pada waktu itu. - Jhaz Kitaro
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'TANPA JURURAWAT, SAYA TAKKAN SURVIVE' - DOKTOR. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment