'STACY PELUK ISLAM, TAK DAPAT LAGI KAU MAKAN BABI' - BENERT BEN
Susulan tersebarnya berita mengenai penyanyi Stacy AF telah memeluk agama Islam, netizen dari seluruh negara memberikan reaksi yang tidak dijangkakan.
Meskipun ramai umat Islam yang menyambut baik berita itu, namun ada juga netizen yang beragama Islam mempertikaikan niat Stacy memeluk agama Islam.
Sementara itu pula, bagi yang bukan Islam melemparkan komen-komen yang berbentuk sindiran yang tidak sewajarnya di laman Facebook sehingga membuatkan anda menggelengkan kepala.
"Stacy, kalau kamu masuk agama Islam disebabkan kamu rasa agama itu lebih baik dari agama asalmu, saya salute kamu. Tapi kalau kamu memeluk agama Islam disebabkan berkahwin dengan lelaki Islam, saya pasti kamu akan ada penyesalan di suatu hari nanti," kata Laimah Kenneth.
"Stacy peluk Islam, nanti tak dapat lagi kau makan babi," kata Benert Ben sambil ketawa.
"Kenapa bah kau berubah? Kenapa bah kau berubah?, lagu Stacy untuk Stacy," sindir Victor Valdes.
"Jangan kau masuk Islam Stacy. Ada DNA babi darah kau. Haram," kata Leo Pardino.
Sumber laman Facebook Berita Harian
Alangkah sedihnya melihat komen-komen sebegini. Lihatlah, inilah cabaran buat saudara baru yang baru sehari memeluk Islam.
Walau bagaimanapun, ada juga yang memberikan komen-komen positif.
"Convertlah, apa mau bising. Kalau lama dah tak masuk gereja, masuklah masjid. Jangan tak ada agama, nanti lepas mati orang tidak tau mau letak di mana. Lepas mati mana ada bak bapa dia kisah sama dia lagi," kata Alexious Stephen.
"Ibu Stacy sendiri yang bukan beragama Islam itu relaks saja boleh teman lagi anak dia pergi Jabatan Agama. Kamu orang pula yang sibuk-sibuk bertelagah, tak malukah?" kata Zizie Mohd Yusoff.
"Syukur Stacy, kamu mendapat hidayah dari Allah. Biarkan orang lain mencaci maki kamu. Yang penting Allah ada bersama kamu. Akim, jaga Stacy baik-baik. Semoga kekal hingga akhir hayat," kata Jsk Rahman.
Sumber, laman Facebook Berita Harian
Sungguh speechless membaca reaksi dari netizen. Janganlah begitu wahai manusia. Itu adalah pilihan beliau untuk memeluk agama Islam dan seharusnya kita menghormati apa yang dia pilih. Tidak wajar melemparkan sebarang kenyataan yang biadab dan kurang ajar terhadap Stacy dengan alasan tidak dapat makan babi dan sebagainya. Tidak akan matinya manusia itu kalau tak makan daging babi.
Sebagai peminat, anda sepatutnya memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat Stacy dan seterusnya pada hubungan beliau dengan Akim.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'STACY PELUK ISLAM, TAK DAPAT LAGI KAU MAKAN BABI' - BENERT BEN. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment