SAYU. VAPE DIFATWAKAN SEBAGAI HARAM - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di SAYU. VAPE DIFATWAKAN SEBAGAI HARAM harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
SAYU. VAPE DIFATWAKAN SEBAGAI HARAM

SAYU. VAPE DIFATWAKAN SEBAGAI HARAM



IPOH - Rokok elektronik atau vape yang semakin popular di negara ini telah difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah diputuskan sebelum ini, kata pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abd Shukor Husin.

“Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.

“Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak 2015 di Auditorium Institut Tadbiran Islam (Intim), semalam.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 17 Julai 2013 telah memutuskan bahawa shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Perkara itu diputuskan setelah mendapat penjelasan pakar-pakar kesihatan Kementerian Kesihatan berserta dengan maklumat, bukti-bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan sama ada dari dalam atau luar negara mengenai kesan serta kemudaratan besar yang dihadapi terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi serta pembentukan generasi akan datang

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal SAYU. VAPE DIFATWAKAN SEBAGAI HARAM. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.