'SAYA DICERAIKAN SUAMI KERANA MEMBACA MESEJ WHATSAPP DIA' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'SAYA DICERAIKAN SUAMI KERANA MEMBACA MESEJ WHATSAPP DIA' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'SAYA DICERAIKAN SUAMI KERANA MEMBACA MESEJ WHATSAPP DIA'

'SAYA DICERAIKAN SUAMI KERANA MEMBACA MESEJ WHATSAPP DIA'



“Saya seorang guru telah bernikah dengan pasangan saya Amirul (bukan nama sebenar) sejak lima tahun lalu. Kami dikurniakan dua orang anak berusia empat dan dua tahun.

“Di peringkat awal saya sangat bahagia kerana Amirul sangat bertanggungjawab. Keperluan saya dan anak-anak tidak terabai. Rumah tangga kami aman bahagia.

“Sayangnya, keadaan mula berkocak setelah suami mula ketagih dengan telefon bimbitnya. Dua puluh empat jam berkepit dengan telefon. Dia ada tiga telefon bimbit. Apa yang mustahak sangat sampai ada tiga telefon pun saya tidak tahu.

“Bila ditanya melenting. Dibiarkan sakit hati. Saya hanya ada nombor satu dari tiga telefon milik suami, yang dua lagi saya tidak tahu, katanya tak payah ambil tahu. Pelik juga saya, tapi biasalah isteri tidak mahu bersangka buruk dengan suami.

“WhatsApp, Facebook, Instagram dan Tweet menjadi perhatian suami sehingga lupa semua yang ada di sekelilingnya. Telefon macam nyawa, pendek kata macam orang bercinta, makan tak lalu, tidur tak lena.

“Di peringkat awal saya tidak ambil kisah sangat sebab tahu semua orang ada WhatsApp dan FB tetapi makin didiamkan keadaan makin bertambah serius.

“Balik rumah mata dan tangan hanya ke telefon… satu di tangan dua lagi di kiri dan kanan… saya selalu perhatikan cara dia pegang telefon.

“Dalam tiga telefon itu, salah satu darinya tidak pernah dia letak selalu sahaja dia pegang. Hati saya tertanya-tanya, apa istimewanya telefon itu, kenapa telefon itu diletakkan di bawah bantal setiap kali dia hendak tidur?

“Pernah saya tanya suami kenapa telefon itu diletakkan di bawah bantal semasa tidur, jawapannya senang nak capai jika ada panggilan terdesak di tengah malam terutama dari pejabat.

“Memang hati wanita ini sangat sensitif dan boleh menghidu sikap suami yang curang dan tidak jujur. Allah mendengar doa hambaNya terutama doa seorang isteri.

“Satu hari dia terlupa membawa telefon bimbit yang menjadi teman setianya itu. Saya terjumpa telefon itu di bawah bantal tidurnya ketika mengemas tempat tidur.

“Terdetik pula di hati untuk memeriksa telefon itu walaupun sebelum ini saya tidak pernah mengusik barang-barangnya tanpa izin dia. Saya belek satu satu nombor di telefon itu dan kandungannya.

“Saya lakukan semuanya dengar cepat sekali kerana bimbang dia akan balik ke rumah untuk mengambil telefon itu. Nak tahu apa yang saya jumpa?

“WhatsApp eksklusif suami dengan seorang wanita yang telah merobek hati saya sebagai isteri. Wanita yang merampas Amirul daripada saya, yang melalaikan dia dengan tanggungjawabnya sebagai suami kepada saya dan bapa kepada anak-anak kami.

“Kata-kata cinta, pujuk rayu yang ada di dalam telefon itu benar-benar merentap jiwa saya. Kata balas membalas macam suami isteri. Sedih, sayu tidak dapat saya ceritakan. Air mata saya mengalir mengenangkan kecurangan suami.

“Tergamak dia buat begitu kepada saya. Padanlah asyik memegang telefon… tersenyum sorang sorang, tersandar ke dinding... rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya.

“Dalam leka membelek telefon tersebut Amirul muncul. Saya tidak mendengar bunyi enjin kereta sehingga tidak sedar kehadirannya. Melihatkan saya sedang memegang telefonnya itu Amirul merampasnya daripada saya sambil menjerit-jerit marah.

“Dia tuduh saya sengaja mengambl telefon itu kerana ingin tahu rahsianya sedangkan telefon itu saya jumpa ketika sedang mengemas bilik tidur. Salahkah saya sebagai isteri nak tahu rahsia suami?

“Suami selalu pesan supaya isteri jangan curang, taat, berlaku jujur dan setia tetapi apakah semua juga berpegang kepada prinsip yang sama?

“Kalau dalam kes saya tidak sama sekali. Amirul telah berlaku curang kepada saya dengan menjalin hubu­ngan dengan perempuan lain. Dia telah mengkhianati kepercayaan dan kesetiaan saya kepadanya.

“Dia ketagih WhatsApp dengan kekasih gelapnya itu daripada memberi perhatian kepada saya dan anak-anak. Dia tidak boleh berlakon lagi dengan saya kerana rahsianya semua sudah terbongkar. Itu yang menyebabkan dia semakin marah.

“Kesabaran saya tidak dapat dibendung lagi apabila dia terus menjerit dan marah-marah serta menghamun saya macam saya telah buat kesalahan besar sedangkan dia yang buat silap.

“Saya jerit balik untuk pertahankan hak saya, apa lagi dia semakin marah dan menyalahkan saya terus terusan kerana mengawal pergerakannya. Salahkah saya?

“Pertengakaran antara kami berlarutan. Sehingga akhirnya dia bertindak menjatuhkan talak kepada saya kerana melawan cakapnya…. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu tetapi saya sabarkan hati. Saya kuatkan semangat dan bertabah.

“Mungkin ini takdir saya, saya terima dengan reda. Saya tidak boleh buat apa-apa lagi kerana dia sudah terlepas kata. Maknanya talak telah jatuh ke atas saya.

“Anda bayangkan hanya kerana telefon seorang suami sanggup menjatuhkan talak untuk isterinya. Tak logikkan? Tapi itulah nasib yang menimpa saya. Saya reda dan menerima segalanya dengan lapang dada.

“Saya positif dalam hal ini kerana percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin Allah menguji saya dengan ujian kecil ini. Saya mengharapkan yang baik-baik menunggu saya dan anak-anak selepas ini.

“Walaupun perceraian saya masih di peringkat menunggu kelulusan mahkamah saya kini sangat tenang dan bahagia kerana tidak lagi memikirkan tentang sikap suami yang curang.

“Bayangkan jika saya tidak jumpa telefon itu hari itu tentu saya masih dipermainkan sampai hari ini. Syukur Allah gerakkan hati saya dan tunjukkan kebenaran sebelum keadaan menjadi lebih parah.

“Pesanan saya kepada isteri di luar sana, hati-hati dengan suami yang menggunakan banyak telefon. Tolong periksa telefon mereka. Jangan ambil mudah. Jika suami anda selalu berjaga malam dan berkepit dengan telefon bimbit sampai tengah malam baik cepat cepat bertindak, mesti ada yang tidak kena.

“Jika dia orang bagi alasan kerja jangan percaya dan ambil mudah. Tidak ada orang berbual tentang urusan kerja tengah malam dan pergi jauh dari anak sambil tersenyum simpul macam kerang busuk. Kalau jujur apa salahnya berbual di depan anak isteri? Ini tidak, bunyi sahaja telefon terus bangun.

“Alhamdulilah saya kini sangat bahagia dan tenang bersama anak-anak. Semoga Allah pelihara kami bertiga,” Ann menamatkan ceritanya.

Puncanya kecil tetapi kesannya besar. Saya bersimpati dengan Ann tetapi apa hendak di kata, jodohnya dengan suami hanya setakat itu sahaja. Saya juga kagum dengan ketabahan Ann menangani isu rumah tangganya itu. Semoga hidup Ann akan terus dilimpahi rahmat selepas ini.

Betul kata Ann perkara kecil tetapi risikonya sangat besar dalam rumah tangga jika tidak bijak menanganinya. Siapa pun tidak akan terfikir WhatsApp dan telefon boleh menjadi punca perceraian tetapi Ann telah melaluinya. Semoga kes ini terpencil dan tidak merebak di dalam masyarakat kita.

Menamatkan catatan, pesanan saya, kebenaran akan menyusul apabila kejujuran dan ketelusan di dalam hati sudah tidak ada.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'SAYA DICERAIKAN SUAMI KERANA MEMBACA MESEJ WHATSAPP DIA'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.