PUNCA VAPE MELETUP, KERETA MUSNAH TERBAKAR AMATMENGEZUTKAN VAPOR MALAYSIA
BINTULU - Sebuah kereta buatan tempatan, musnah terbakar di bahagian dalam gara-gara rokok elektronik atau vape meletup secara tiba-tiba, Selasa lalu.
Gambar yang dimuat naik oleh rakan mangsa, Endry, mendakwa, kereta rakannya itu musnah terbakar akibat bateri vape yang ditinggalkan dalam kereta meletup.
Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari itu, mangsa meninggalkan vape di dalam keretanya.
Rokok elektronik atau Vape yang meletup
Jelas Endry, bateri vape milik rakannya itu menjadi panas dan meletup lalu menyebabkan kebakaran di dalam kereta itu.
"Jangan tinggalkan vape dalam kereta, Kereta rakan saya hangus disebabkan vape disimpan dalam kereta dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengahari," katanya.
Ini merupakan kejadian pertama yang melibatkan rokok elektronik meletup di Malaysia. Para pengguna rokok elektronik dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak meninggalkan rokok elektronik itu di dalam kereta terutamanya di waktu tengah hari bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA VAPE MELETUP, KERETA MUSNAH TERBAKAR AMATMENGEZUTKAN VAPOR MALAYSIA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment