Punca kes demam denggi di NS naik mendadak tersebar - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Punca kes demam denggi di NS naik mendadak tersebar harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Punca kes demam denggi di NS naik mendadak tersebar

Punca kes demam denggi di NS naik mendadak tersebar



SEREMBAN - Kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan dua kali ganda sepanjang minggu lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, sebanyak 86 kes direkodkan sepanjang minggu lalu berbanding 41 kes pada minggu sebelumnya.

“Daerah Seremban mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda apabila sebanyak 65 kes direkodkan berbanding 19 kes pada minggu sebelumnya.

“Daerah lain mencatatkan sedikit kenaikan dan penurunan berbanding daerah Seremban yang menunjukkan jumlah kes yang sangat tinggi,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 1,263 kes demam denggi direkodkan bermula awal Januari hingga 1 Ogos lalu.

“Daripada jumlah itu, enam kes merupakan denggi berdarah. Empat kawasan wabak aktif telah dikenal pasti iaitu dua di Seremban dan masing-masing satu di Port Dickson dan Jempol.

“Bagaimanapun, jumlah ini menunjukkan penurunan hampir 50 peratus berbanding 2,598 kes dicatatkan sepanjang tempoh itu pada tahun lepas,” katanya di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak tujuh kematian direkodkan yang berpunca daripada gigitan aedes itu.

“Pada minggu lepas, seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Jempol. Punca kematian disyaki akibat demam denggi. Bagaimanapun punca sebenar kematian sedang dikenal pasti dan kita masih menunggu laporan perubatan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar mengutamakan aspek kebersihan di kawasan tempat tinggal bagi mengelak wabak menular.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Punca kes demam denggi di NS naik mendadak tersebar. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.