Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan ke JPM - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan ke JPM harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan ke JPM

Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan ke JPM



KUALA LUMPUR: Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin merupakan salah seorang daripada dua pegawai kanan SPRM yang dipindahkan keluar daripada mengendalikan kes berprofil tinggi.

Sumber memberitahu Astro AWANI, mereka dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa hari ini.

Bahri, antara individu penting dalam siasatan terhadap akaun syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seorang lagi yang dipindahkan adalah Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rozaid Yaakob.

Difahamkan kedua-dua mereka sudahpun melaporkan diri di JPM petang tadi setelah mendapat surat pertukaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tambah sumber lagi, surat daripada JPA itu memaklumkan bahawa kedua-dua mereka dikenakan tindakan tatatertib dan dipindahkan.

Sementara itu memetik laporan portal Malaysiakini yang menghubunginya berkata, Bahri enggan mengulas lanjut perkara itu.

"Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula," katanya.

Bahri sebelum ini lantang menyuarakan kemusykilannya berhubung siri penahanan pegawai kanannya sejak minggu lalu.

"Saya amat hairan kenapa boleh berlaku perkara sedemikian. Saya rasa polis tidak akan membuat 'kerja gila' macam itu kecuali ada orang yang memaksa pihak polis," katanya pada Isnin selepas memberi keterangan berhubung kes kebocoran maklumat 1MDB.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan ke JPM. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.