KJ jumpa Najib, bawa usul letak jawatan oleh Pemuda UMNO Tampin
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno akan memohon untuk berjumpa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyerahkan usul yang telah dicapai dalam kesemua Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia termasuk usul tergempar Pemuda Umno Bahagian Tampin yang sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
"Perkara tersebut(usul tergempar) hanya datang daripada satu cawangan dan telah dimaklumkan kepada Presiden bahawa usul tersebut tidak dirancang oleh Pemuda bahagian.
"Tetapi semua ini akan dibawa ke perhatian Presiden," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno sebentar tadi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal KJ jumpa Najib, bawa usul letak jawatan oleh Pemuda UMNO Tampin. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment