Kakitangan kerajaan berkursus sempat pergi urut batin. Alasan letih berkursus!
Kuala Lumpur: Empat lelaki yang juga kakitangan kerajaan memberi alasan hanya mendapatkan khidmat urut tradisional bagi menghilangkan kepenatan ketika mengambil kesempatan berkursus di ibu kota untuk mengunjungi pusat urut, di sini, semalam.
Namun, alasan yang diberi tidak masuk akal apabila semua mereka yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditahan dalam keadaan berbogel bersama wanita tukang urut.
Operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar Jalan Klang Lama di sini, bermula jam 12 tengah malam itu bagi membanteras kegiatan tidak bermoral.
Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, siasatan dijalankan mendapati empat penjawat awam terbabit datang ke Kuala Lumpur untuk berkursus selama tiga hari.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Kakitangan kerajaan berkursus sempat pergi urut batin. Alasan letih berkursus!. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment