Jangan Rampas Hak Saya Memimpin Negara - Najib Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam satu kenyataan di Facebook rasmi miliknya menyatakan tiada siapa yang patut mencampuri urusan atau merampas amanah yang telah diberi kepadanya untuk memimpin negara.
"Sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya membuat pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Lebih daripada itu, ia adalah tugas saya.
"Ia adalah amanah yang telah diberikan kepada saya. Jadi, tiada sesiapa patut cuba campur tangan atau rampas tanggungjawab saya untuk memimpin," katanya di dalam status tersebut.
Menurut Najib juga, dia merasa bangga beserta rendah diri bagi memikul tanggungjawab itu.
"Rakyat yang telah memilih saya, dan saya berasa amat bangga dan rendah diri untuk memikul mandat itu yang diberikan rakyat dan boleh diambil balik. Ia bukan milik mana-mana individu, tidak kira bagaimanapun terkenal individu berkenaan," kata Najib.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Jangan Rampas Hak Saya Memimpin Negara - Najib Razak. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment