EDISI JILAT MENJILAT: 'MAHATHIR INGAT, DIA BAGUS SANGAT KE?' - NAZRI
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Nazri, rekod Tun Dr Mahathir sewaktu mentadbir negara dulu juga adalah teruk.
"Saya ingat dia ini telah lupa. Dia rasa masa dia jadi Perdana Menteri dulu, okay sangat, bagus sangat. Pada masa dia itulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya.
"Rekod dia pun teruk, kemudian nak kata tak ada demokrasi. Kalau tak ada demokrasi, lama dah blog dia ditutup," katanya mengulas artikel terbaru Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa demokrasi telah mati di Malaysia.
Dakwa Nazri, Tun Dr Mahathir kini bercakap tidak berasakan pertimbangan waras dan kerap kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat dendam.
"Kerana dendam kesumatnya terhadap Najib, dia keluarkan kenyataan berdasarkan amarah, bukannya pertimbangan yang waras. Biarlah dia dengan amarah dia, tak usah layan. Saya pun dah lama tak ambil tahu apa yang dia cakap," katanya dengan angkuh.
Mengenai perhimpunan sebagai langkah terakhir untuk mendesak Najib letak jawatan yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, Nazri berkata, di zaman bekas perdana menteri itu lebih teruk.
"Saya nak tanya dia, masa dia jadi Perdana Menteri dulu, dia layan ke perkarai ni? Bukankah dia yang telah menggunakan ISA untuk ambil tindakan terhadap mereka yang cuba memporak-perandakan kerajaan?" soalnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal EDISI JILAT MENJILAT: 'MAHATHIR INGAT, DIA BAGUS SANGAT KE?' - NAZRI. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment